Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 28 Mac 2010

Calon PR di Hulu Selangor masih belum ditentukan

http://pemudasarawak.files.wordpress.com/2009/01/mb20sel1.jpg

KAJANG – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat (PR) masih belum menentukan calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Beliau berkata, nama calon yang berkelayakan serta parti yang bertanding hanya akan diumumkan selepas perbincangan bersama Majlis Tertinggi PR.

“Sama ada calon tempatan atau sebaliknya masih lagi tidak diberitahu. Ia adalah strategi kami (PR) dan tidak mahu Barisan Nasional (BN) meniru. Kami akan memberikan masyarakat Hulu Selangor pemimpin yang terbaik.

“Untuk negeri Selangor, rakyat sangat memerlukan pemimpin yang terbaik untuk mereka kerana selama dua tahun ini mereka tahu perubahan yang telah dibuat oleh pentadbiran PR,” katanya kepada media selepas merasmikan program penanaman pokok di Aeon Jusco Bandar Mahkota Cheras pagi semalam.

Abdul Khalid berkata demikian sebagai mengulas pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua hari lepas akibat barah otak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Jumaat depan bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihan raya kecil kawasan itu.

Menurut Abdul Khalid, rakyat di kawasan itu juga mahu pemimpin yang tmampu membawa perubahan kepada mereka.

“Dalam pertandingan politik kita tahu ada menang dan kalah dan kita tahu rakyat lebih peka (tentang pemilihan calon) pada pilihan raya kecil ini,” katanya.

Beliau yakin BN dan UMNO akan menggembleng selruh jentera mereka pada pilihan raya kecil itu nanti kerana Parlimen Hulu Selangor pernah menjadi kubu kuat parti itu sebelum dirampas PKR pada pilihan raya umum lalu.

“PR mempunyai strategi untuk memenangi hati masyarakat bukan sahaja di Hulu Selangor tetapi di seluruh negeri ini. Rakyat sudah bosan dengan BN. Ada yang gembira dengan lakonan yang ada dan seolah-olah seperti drama Hindustan.

“Walaupun terdapat pelbagai drama tetapi tiada pengundi tidak akan berubah pilihan atau kumpulan mereka dan kami bukan sahaja mempertahankan kerusi ini tetapi akan menang ada PRU ke-13 dan ia bukan amaran tetapi adalah kenyataan,” katanya.

Abdul Khalid berkata, walaupun BN beranggapan ramai yang telah keluar dari parti dan menyarti mereka tetapi perkara sama berlaku kepada PR di mana ramai yang turut menyertai mereka.

Tiada ulasan: