Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 27 Mac 2010

Pemuda Pas selar laporan polis



IPOH - Dewan Pemuda Pas Negeri menyelar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak, Maslin Sham membuat laporan polis terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangannya, Mohd Akmal Kamarudin berkata, pada laporan itu, Maslin turut mencadangkan Anwar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berdasarkan pendedahan isu 16 September yang dibangkitkan Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Parlimen baru-baru ini.

Menurutnya, laporan itu sewajarnya dibuat terhadap Zahrain yang telah mendedahkan perkara itu, bukan Anwar.

“Saya hairan bagaimana beliau (Maslin) boleh membuat laporan itu, sedangkan polis belum selesai menyiasat kes berkenaan. Saya juga hairan bagaimana dia dalam keadaan yang tidak lagi mendapat sokongan daripada 18 Pemuda UMNO Bahagian boleh membuat laporan itu,” katanya.

Sementara itu, Dewan Pemuda Pas negeri turut kesal dengan gesaan Pemuda UMNO negeri yang meminta supaya pingat Datuk Seri dianugerahkan kepada Anwar ditarik balik.

Katanya, perkara itu turut dilihat seperti sengaja ditimbulkan bagi memburuk-burukkan lagi imej Anwar kepada masyarakat.

“Kita juga meminta Pemuda UMNO Perak supaya lebih rasional pada setiap tindakan yang dilakukan pada masa hadapan,” katanya.

1 ulasan:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Nampaknya DPPN telah terkena tempias akibat laporan polis yang dibuat oleh Pemuda UMNO Negeri Perak Darul Ridzuan (bukan Darul Kartun)terhadap Anwar.

Kenyataan Mohd Akmal Kamaruddin yang cuba mempertahankan Anwar memang sudah dijangka selepas pendedahan Zahrain di Parlimen baru2 ini.

Agak pelik ahli PAS yang berjawatan Ketua Penerangan DPPN itu membuat kenyataan yang menggambarkan sokongannya kepada pemimpin PKR yang menghadapi masalah peribadinya.

Mana dia tahu laporan polis tersebut tidak mendapat sokongan daripada 18 pemuda UMNO bahagian. Dia bukannya ahli UMNO untuk mengatakan sedemikian.

Gelagat seperti ini memang ada dalam PAS yang cuba mencucuk jarum apabila sudah kepanasan akibat masalah dalaman PR (tak berdaftar) termasuk PAS sendiri di Perak akibat kehilangan kuasa.

Imej PR (tak berdaftar) memang sudah buruk akibat masalah dalaman mereka sendiri yang MENAMBAH KEPANASAN untuk terus mengekalkan sokongan rakyat yang kini semakin kabur.

Bukan salah ibu mengandung tetapi salah bapak2 dalam PR (tak berdaftar) yang mabuk kuasa.

Ingatlah pesanan Sufyan At-Tahuri (meninggal pada 161H): "Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaiantetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya" (al-Zabahi, Siyar A'Alam al-Nubala, 7/262).

Pesanan ini juga ditujukan kepada PR (tak berdaftar) termasuk PAS yang sanggup bermusuhan kerana ingin berkuasa.

Ini adalah salah satu bukti PAS itu yang berjuang demi Islam tapi apabila ingin berkuasa MATLAMAT MENGHALALKAN CARA telah digunakan.

PAS dari segi lain nampak zuhud tapi bila berkenaan dengan kuasa sudah lebih kuah dari sudu.

PAS telah lama cuba memonopoli Islam untuk berkuasa. Bagi PAS, Islam hanya pada PAS dan tidak pada yang lain walaupun sesama Melayu Islam di negara sendiri.

Ahli PAS seolah2 tidak sedar mereka itu sudah melampaui batas dalam politik.

UMNO tetap rasional berkenaan tindakannya selama ini.

Jadi apa perlunya DPPN rasa KEPANASAN dengan laporan polis itu.

Tunggulah natijahnya nanti.

sekian.