Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 17 April 2011

Undi BN Merosot !!

Walaupun gagal untuk menafikan BN Sarawak majoriti dua pertiganya dalam pilihan raya negeri semalam, tetapi Pakatan Rakyat berpuashati kerana undi popular BN telah merosot lapan peratus.

sarawak election pakatan pc kuching 170411 01Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (paling kiri dalam foto) berkata
undi popular BN telah merosot daripada 63 peratus pada 2006 kepada 55 peratus kali ini.

“Saya percaya pilihan raya ini menunjukkan bahawa Sarawak bukan 'simpanan tetap' seperti yang didakwa mereka.

“Ini peralihan lapan peratus, yang merupakan satu peralihan yang besar. Jika ini berterusan dalam pilihan raya parlimen nanti, maka BN akan kalah lebih banyak kerusi,” kata Guan Eng.

NONEBeliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Kuching
bersama dengan pemimpin tertingi Pakatan.

Dalam pilihan raya negeri semalam, BN kalah hampir semua kerusinya di kawasan bandar dan tiga kerusi luar bandar. Pakatan pula berjaya memenangi 15 kerusi, dan satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas. Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KALAU DAH SESAT MACAMANA PUN NAK BAGI SESAT JUGA

KALAU DAH KALAH TU DIAM JA LA.

PAS DAH MAKAN TAIK, PKR DAPAT KUAH JA

BUAT MALU JA

Tanpa Nama berkata...

Najib pula tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, kalau dia kaki minum mungkin tak mabuk. Kalau bersetubuh pun, peluru angin.

Apa ni kita buat video seks konon-konon DSAI, alih-alih ada kerusi di Sarawak jatuh lagi.

Apasal orang PAS tak percaya video tu DSAI? Habis kurang boroilah kita pilih pelakonnya, kenapa orang PAS tak percaya? Hampa kena percaya sebab ada jam OMEGA, apasal depa tak percaya?

Sebabnya senang je, kemukakan 4 saksi... ikut hukum syarak.

Kesian UMNO, dia hanya mampu menyesatkan pengikut-pengikutnya dan selama inilah kamu semua menanggung dosa memfitnah zina seorang mukmin.

Tanggunglah pembalasan Allah di dunia ini jika diizinkanNya, dan yang pasti kamu tak terlepas di Akhirat kelak.