Petugas PAS Perak telah berjaya menubuhkan cawangan penaja ke-4 di DUN Muara Tuang semalam. Cawangan Pengkalan Quok ini mempunyai majoriti penduduk dan pengundi melayu. Borang penubuhan diserahkan kepada Naib Presiden PAS, Dato' Haji Mahfuz Omar dalam satu Majlis Ceramah 'Kamek maok Perubahan' semalam. Ceramah itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. Alhamdulillah, penyebaran dakwah dan perjuagan PAS dapat diterima masyarakat.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
1 ulasan:
Tesergam indah pembinaan Gereja yang sedang dalam proses pembinaan di sekitar Negeri Selangor. Alangkah bertuahnya umat Kristian di Malaysia menikmati Rumah Ibadah sedemikian rupa. Salah siapa? Adakah ianya dibenarkan di dalam kriteria sesebuah Negeri yang penganutnya majoriti beragama Islam? Harus? Sunat? Ataupun Haram?
Bukan itu persoalannya. Hukum kadangkala akan memakan diri kedaulatan sesebuah Agama. Akan tetapi, inilah hasilnya apabila umat Islam yang diberikan pendidikan bertaraf dunia telah dicemari dengan mentaliti dan pemikiran Barat sehingga lupa akan Jihad memperkuat dan memperkukuhkan agama Islam.
Islam menerima Agama2 lain sebagai sahabat kita. Islam menerima Agama lain sebagai perkongsian kuasa. Malah kini, Islam menerima Agama lain sebagai saudara. Adakah selepas ini Islam menerima Agama lain sebagai Penganut Utama di Negara kita? FIKIRKANLAH!! Tidak kira siapa kita. Di mana kedudukan kita. Berapa umur kita. Ini adalah perkara yang amat serius untuk diambilkira. TOLONGLAH UMAT ISLAM!! Jangan biarkan kita dijajah Agama.
Catat Ulasan