Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 20 April 2011

Tok Guru pertahan Tok Guru


Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS. Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya. Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.

Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya. Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi. Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.

Sekian, wassalam.

YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

3 ulasan:

hussin berkata...

saya bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan tgna. ukuran untuk menukar presiden bukan terletak kepada kalah menang dalam pilihanraya. “menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT”.

memang tidak pernah berlaku, malah tidak akan berlaku, insya’ Allah, mana2 ulama pas yang melanggar syariat Allah swt.

namun, oleh kerana pas memilih untuk memasuki pilihanraya bagi membolehkan syariat Allah terlaksana, untuk memenangi pilihanraya, pas perlu mendapat sokongan dari rakyat berbilang bangsa/agama di negara ini. justeru pas perlu mempunyai presiden yang arif serta memahami iklim politik semasa.

tidak sedikit kecelaruan yang dialami pas selepas pru12 yang dimulakan oleh perjumpaan hush-hush di antara presiden, timbalan presiden dan setiausaha agong dengan mantan pm, paklah. alasan yang diberi kerana mahu menolong paklah. ia berlaku di dalam keadaan di mana rakyat telah mulai menolak umnobn. peluang terbuka untuk pas mengeksploitasi ‘kebangkitan’ rakyat bagi meraih keuntungan politik yang telah ‘dihadiahkan’ oleh Allah swt sebagai memperkenankan solat hajat serta munajat bagi menghadapi pru12. tindakan untuk meyelamatkan paklah adalah bertentangan dengan aspirasi rakyat yang telah menolak umnobn. siapa sangka samy vellu boleh tewas di sungei siput? siapa sangka dr siti mariah boleh menang kerusi parlimen kota raja?

tindakan pas memilih untuk berkerjasama dengan dap (tahalluf siasi) bagi berlawan dengan umnobn sebelum pru12 telah membolehkan pas menuai kejayaan. tindakan untuk menyelamatkan paklah telah melanggar kerjasama yang termeterai. rakyat mulai mempersoalkan hala tuju pas, kesangsian mulai membunga.

keadaan celaru berterusan apabila “kerajaan perpaduan” dilontarkan oleh presiden. ia datang semasa rakyat sudah memilih abu (asal bukan umno). pas bertanding menentang umno di kawasan majoriti pengundi melayu. potensi kejayaan di kawasan2 yang pas kalah dengan majoriti yang kecil pada pru13 adalah besar. tidak sedikit orang umno sudah lari kepada pas. dalam keadaan ini “kerajaan perpaduan” melonggar kembali momentum yang dijangka akan memihak kepada pas. pada masa yang sama, “kerajaan perpaduan” turut ‘menghina’ orang2 umno yang telah memilih untuk bersama pas!

keputusan muktamar ke 55 telah memutuskan untuk “memperkasakan pakatan rakyat”. irama dan lagu “kerajaan perpaduan” terus dikumandangkan. ia berhenti apabila disentak oleh tgna. bagi membuktikan bagaimana seriusnya pas, dinobatkan buat kali kedua “memperkasakan pakatan rakyat” di muktamar ke 56. sentakan tgna serta nobat kali kedua tidak berupaya untuk manghentikan irama dan lagu “kerajaan perpaduan” dari siaran disokong dengan “umno sudah berubah”. soksek2 kekhuatiran terhadap melayu akan hilang kuasa kepada orang “yang berfikir macam saya berfikir” sayup2 kedengaran.

siapakah yang bertanggungjawab memulakan ini semua? tentu bukan ahli2 biasa pas kerana mereka hanya layak memanjat pokok memasang bendera dan banner/poster semata2 berkorban lillahita’ala. mereka sudah tentu tidak boleh menentukan arah tuju pas.

tidak terpalitkah kekotoran kepada syariat? jika tidak, presiden tidak perlu ditukar kerana hanya kalah dalam pilihanraya! jika terpalit? heavy maa

wallahu’alam.

azmie berkata...

nampaknya bukan stakat blogger sj yg suka cut n paste, tukang komen (blogger jugak) pun kaki cut n paste jugak. perangai ni pun patut diubah

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya pulak bagus jgk klu pimpinan yg lebih segar diangkat didalam PAS...contohnya DS Nizar, dia nampaknya seorg pemimpin yg Allah beri dlm PAS yg mmg berkaliber.

P/S - Umar Alkhattab RA jugk pernah memecat panglimanya yg KhalidAlwalid demi menjaga akidah umat islam