Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 1 April 2011

Setakat mana peluang PAS?

Semua pihak terpaksa mengakui yang selama hari ni suku Melayu-Melanau adalah penyokong kuat PBB pimpinan Taib Mahmud yang juga dari suku Melayu-Melanau.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAx4rOCTixEyFeKypEzEgpxRO-VBexWoPoVDmLPa0A1dPOnn1bwknVNltAzKu1q9yqVr42Lg5sRBuj8DdqCqfJ7hRpNfdFa0REht9i76yV9M74BYtFrQsmrU0U9HQKGVkM-pfKc2knvJc/s1600/PAS-elections.jpg

Bharian melaporkan:
Menurut beberapa penganalisis politik, sebahagian besar daripada pengundi Melayu-Melanau mendapati tiada sebab untuk beralih kepada parti politik lain memandangkan mereka berpuas hati dengan kemajuan dan pembangunan yang sedang dilaksanakan di kawasan mereka.

Satu lagi faktor yang turut menyenangkan hati ialah tokoh daripada komuniti mereka menjadi Ketua Menteri, walaupun membentuk hanya 27 peratus daripada penduduk Sarawak yang berjumlah 2.4 juta.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Jeniri Amir, menggambarkan situasi itu sebagai ''faktor minoriti" yang bukan hanya membantu menyatukan mereka daripada segi politik tetapi juga kepuasan bahawa kerajaan negeri yang memerintah sekarang dapat memenuhi keperluan mereka.
"Mereka secara dasarnya gembira dengan apa yang sudah dilaksanakan di kawasan mereka. Komuniti Melanau memiliki sentimen yang kuat terhadap Taib selaku pemimpin. Rakyat tahu ia adalah penggal terakhir beliau memegang jawatan dan mereka mahu menunjukkan sokongan padu mereka kepada beliau," katanya. - Bharian
Tapi keadaan tu mungkin sikit berbeza di Dun Dun Beting Maro, Sadong Jaya dan Saribas. Pensyarah sains politik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Faizal Syam Hazis yang jugak penganalisa politik Sarawak yang terkenal meramalkan 3 Dun tu berisiko kepada PBB.

Malaysiakini melaporkan:
“Walaupun terdapat beberapa kawasan 'selamat' pengundi Cina di kawasan Miri... Saya tidak akan terkejut jika pembangkang boleh menembusinya,” katanya dalam satu forum awam di Petaling Jaya mengenai pilihan raya negeri Sarawak anjura Merdeka Centre.

Yang menarik, tambahnya, berasaskan kepada keputusan 2006, terdapat kerusi Melayu-Melanau di kawasan luar bandar yang juga berisiko, seperti kerusi Sadong Jaya, Beting Maro dan Saribas. - Mkini
Maknanya, kalau kena dengan caranya PAS mampu menawan kerusi Dun Beting Maro dan Sadong Jaya. PAS memang menaruh harapan tinggi untuk menang terutamanyadi Dun Beting Maro dan memang PAS lebih bagi tumpuan di kerusi tu.

Tambah-tambah pulak PAS dah lama buat kerja untuk menang di Beting Maro terutamanya. Memang peluang PAS untuk menang di situ cukup besar.

Dalam masa yang sama tentunya PBB dan BN Sarawak takkan bagi PAS memang di situ. PBB dan BN Sarawak tentu punya akan lakukan apa saja dan sanggup lakukan apa saja untuk pastikan takdak wakil dari PAS di dalam sidang DUN Sarawak.

Aku yakin, insyaallah dengan usaha bersungguh-sungguh petugas tempatan dengan dibantu petugas dari Sabah dan dari sememanjung PAS mampu mencapai kemenangan pertama di Sarawak kali ni.

ihsan cenangau

nota kaki: Sekarang saya berada di Airport dan akan berlepas ke Sarawak. Akan berada disana sehingga habis pilihanraya.. Inshaallah saya akan memeberi info dan gambar terkini di sini..

Tiada ulasan: