Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 23 April 2011

PAS perlu di"Segar"kan, bukan ganti Hadi


KUALA LUMPUR, 23 April — Sambil mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Husam Musa menegaskan parti Islam itu hanya perlu “disegarkan” dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini berkata, kepimpinan Hadi selaku presiden parti masih diperlukan, cuma ia perlu mengambil tindakan untuk memperkasakan kedudukannya.
Justeru kata beliau, usaha yang perlu diberi perhatian ialah sasaran menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya Hadi selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.
“Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS,” katanya.
Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini berkata, PAS kawasan Kerian yang diterajui juga telah mencalonkan Hadi sebagai presiden keraba beliau adalah orang yang paling layak untuk menerajui PAS.
“... kerana beliau sudah buktikan dan ia sudah terbukti, malah beliau juga sudah menghadapi banyak cabaran (sebelum menjadi presiden).
“Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini.
Kata Husam Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang perlu memberikan ruang kepada profesional dan muka baru supaya terlibat dalam barisan kepimpinan PAS.
“Pada pendapat saya Hadi perlu dibantu oleh profesional untuk memperkuatkan dan memperkasakan PAS, perlu dapatkan khidmat nasihat dari orang luar.
“Kita ada ramai profesional dan anak muda dalam PAS, beri sedikit ruang yang lebih kepada mereka. Selain itu, kita juga perlu melakukan transformasi dalam usaha memperkukuhkan PAS,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari bahawa Hadi libiliti kepada PAS, Husam menegaskan pemimpin veteren itu bukan seperti yang didakwa.
“Itu pendapat beliau (Aziz), akaun beliau dengan akaun saya lain... tidak sama.
“Bagi saya Hadi bukan liabiliti kepad PAS, kepimpinan beliau masih diperlukan, cuma PAS perlu disegarkan semula,” katanya.
Aziz sebelum ini menegaskan kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti.
Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.
Bagaimanapun dakwaan Aziz itu dinafikan pemimpin tertinggi PAS sambil menegaskan, kepimpinan Hadi masih diperlukan.
Terlebih dahulu dalam ucapan perasmian mesyuarat agung itu, Husam menegaskan, BN akan sentiasa mencari jalan untuk merenggangkan hubungan parti perikatan dalam Pakatan Rakyat.
Justeru itu, katanya, Pakatan Rakyat perlu menyediakan pelan pengukuhan dalam menghadapi serangan daripada BN.
“Bagi saya musuh-musuh kita seperti BN akan sentiasa mencari jalan untuk merenggangkan hubungan kita kerana asas kemenangan BN adalah perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan juga PAS.
“Bila berpecahnya Pakatan Rakyat... berpecahnya PAS dengan sendiri BN akan kekal berkuasa,” katanya. - TMI

2 ulasan:

hussin berkata...

kalau kita mahu membeli ikan segar, kita terlebih dahulu lihat kepala ikan, sekalipun kita berada di pasar ikan segar. dengan melihat kepala ikan kita dapat tahu sama ada ikan itu segar atau tidak. justeru ada pepatah, buruk ikan bermula di kepala.

ini tidak bermakna ikan yang "tak berapa segar" tidak terjual. kita mungkin masih mahu membeli ikan yang "tak berapa segar" kerana ia masih boleh dimasak, lagi pun harganya lebih murah. kita boleh bertolak ansur untuk membeli ikan yang "tak berapa segar" untuk membuat kuah laksa. yang penting, rasa ikan masih ada.

begitu juga ikan yang "tak berapa segar" tidak akan menjadi segar dengan lambakan air batu atau di simpan di dalam freezer.

sekadar luahan.

wallahu'alam.

tamby kecik a/l tamby besar berkata...

klu haji hadi tu dan konco2nya sendiri dah tak segar...boleh ke pas itu di segarkan....klu minum tongkat ali boleh ke segar