Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 4 April 2010

TG Nik Aziz Nafi Laporan Blog Kickdefella


http://lh3.ggpht.com/_G4UF_wN334k/SkGoN1S-qVI/AAAAAAAAMXk/21lEfm0R2As/s800/DSC09146.JPG http://kickdefella.files.wordpress.com/2009/03/kickdefella-header-22.jpg

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini menafikan kerajaan negeri mengenakan syarat bagi setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak mesti menghulurkan derma kepada kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

"Bukan menjadi dasar kerajaan meminta mana-mana syarikat yang mendapat konsesi balak menghulurkan derma atau bantuan kepada kerajaan negeri. Ini tak ada dalam pengetahuan saya," katanya.

Beliau mengulas mengenai laporan sebuah blog Kickdefella yang menyebut kononnya setiap pihak yang memohon kawasan balak dan segala derma yang dijanjikan akan dimaklumkan di dalam mesyuarat exco. Ini termasuk modus operandi bagi permohonan tanah hutan untuk tujuan perladangan.

Bagaimanapun, beliau turut menempelak penulis blog terbabit yang cuba menimbulkan isu itu sambil melahirkan perasaan dukacitanya dengan sikap penulis blog yang menulis sesuka hati dan bukan menyebarkan ilmu pengetahuan.

Sebelum ini, Nik Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhutanan Negeri menyifatkan penulis blog sebagai kedai kopi bergerak yang membincangkan perkara-perkara sama ada untuk kebaikan dan keburukan sesuatu pihak. BERNAMA

1 ulasan:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Tajuk inilah yang yang saya suka komen sekarang ini.

Memang PAS selalu dalam sindrom penafian. Mustahil sebagai MB Kelantan mengenai apa yang berlaku bukan di luar pengetahuannya termasuk isu berkaitan pembalakan di Kelantan.

Kita tahu yang membangkitkan perkara ini ialah blog Kickdefella dan bukti yang dikemukakan memang sahih dan sah.

Kalau dia tulis sesuka hati pimpinan PAS Kelantan dicabar untuk membuat laporan polis.

MB Kelantan boleh mengatakan hal ini sebagai menyebar fahaman sendiri yang tidak memberi ilmu kepada orang lain apabila jari ditunjukkan ke arahnya.

Blog pro PAS bolehlah buat2 lupa bahawa MB Kelantan sudah lebih 20 tahun di atas kerusi itu.

Mereka buat2 tak tahu apa yang dibangkitkan seperti TELINGA PEKAK BADAK atau MATA BUTA SEBELAH.

Apa yang dipersoalkan selama ini ialah keyakinan bahawa pemerintahan atau politik Islam bawaan PAS dapat diterjemahkan ke alam realiti yang memberi kesan baik kepada rakyat dan negara.

Dalam kes pembalakan ini didapati tidak menjurus kepada realiti yang diinginkan.

Apa yang berlaku di Kelantan diketepikan oleh blog pro PAS sedangkan pemerintahan Islam boleh terpalit dengan isu penyelewengan seperti ini.

Cabaran patut dilontarkan kepada blog2 ini supaya mereka mengkaji den melihat kebenaran di sebalik isu panas ini.

Jangan asyik mencari kesalahan orang lain sahaja.

KUMAN POLITIK DI NEGERI LAIN BOLEH NAMPAK, GAJAH POLITIK DI KELANTAN YANG DEKAT TAK BOLEH NAMPAK.

Ingatlah MB Kelantan sudah tua dan PAS Kelantan dan Pusat masih bergantung kepada beliau.

Apa yang berlaku di Kelantan sama ada buruk dan baik adalah di bawah tanggungjawab beliau.

Sekian.