MERIAH Program Sukaneka Surau Al-Falah tetap meriah dan mendapat sambutan hangat dari penduduk walaupun tanpa sumbangan dari YB Hamidah.
Taman Song Choon, Ipoh - Sama ada disengajakan atau tidak, tindakan Umno Gopeng berserta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman meminta anak-anak yatim dari rumah Darussalam Simpang Pulai untuk datang ke program yang dibatalkan amat dikesali.
Kejadian tersebut berlaku semasa program "Moh Ke Surau" anjuran Ahli Jawatankuasa Surau Al-Falah Taman Song Choon yang diadakan pada 28 Mac yang lepas. Kehadiran anak-anak yatim tersebut walaupun tanpa jemputan rasmi telah menyebabkan AJK surau dan AJK pelaksana program tidak mampu menyediakan persiapan sepatutnya kepada anak-anak yatim tersebut.
" Kami agak kesal kerana tidak mampu menyediakan jamuan istimewa kepada anak-anak ini kerana tiada siapa yang memaklumkan tentang kehadiran mereka" Kata En. Zulkifli Tafsiron, Pengerusi Surau Al-Falah Taman Song Choon.
Persoalan siapa yang menjemput mereka akhirnya terjawab apabila wakil dari Rumah Anak Yatim Darussalam memberitahu mereka diminta hadir oleh wakil YB Hamidah ke program anjuran Umno dan mereka tidak dimaklumkan tentang pembatalan program tersebut. Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana tindakan tidak wajar dari umno.
" Kami amat mengalu-alukan kedatangan anak-anak ini, tetapi kami agak kasihan kepada mereka kerana tiada jamuan istimewa kerana pihak kami tidak dimaklumkan awal tentang kehadiran mereka " Kata En. Nazmi, Timbalan Pengarah program tersebut. Beliau menambah lagi akibat dari tindakan umno tersebut ada di kalangan anak-anak yatim tidak mendapat makanan kerana kehadiran di luar jangka dari penduduk tempatan.
Walaubagaimanapun, pihak AJK surau Al-Falah telah mengambil keputusan untuk menyiapkan lauk bagi jamuan malam anak-anak yatim tersebut. Beberapa orang wakil surau telah bertemu pihak pengurusan rumah anak yatim tersebut untuk menyerahkan sumbangan dan juga memohon maaf atas kekurangan layanan kepada anak-anak yatim pada program tersebut akibat tindakan tidak wajar dari YB Hamidah.
http://dppgopeng.blogspot.com/
Gambar program di http://pastsc.blogspot.com
2 ulasan:
betui ke cerite ni?
Entah la teman,..betui ke idak..Allah jer la yang Maha mengetahui..Kalau kita mmg beriman dgn Allah swt, tahu la akibatnya nanti kalau cakap fitnah2 ni..
Catat Ulasan