
Berbeza dengan BN, beliau berkata Umno dilihat bersikap hegemoni sebagaimana yang dapat disaksikan dalam Dewan Rakyat kelmarin.
"Apa yang berlaku dalam Parlimen semalam, dalam isu memangsakan (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim (di bawah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen) di mana empat Ahli Parlimen berbicara untuk BN dan Pakatan Rakyat.
“Mewakili Pakatan Rakyat, selain Anwar sendiri, Azmin mewakili Perti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Mahfuz Omar mewakili PAS dan saya mewakili DAP, kita cakap bagi pihak Pakatan Rakyat," ujarnya pada sidang media di Rumah Tamu Kuala Kubu Baru, malam tadi.
Tuntas dari hegemoni Umno itu, sekiranya P. Kamalanathan dipilih menjadi ahli parlimen, beliau berkata, calon MIC tersebut tidak mungkin boleh menyuarakan hasrat serta harapan sebenar rakyat Hulu Selangor kelak.
Turut menyertai sidang media itu ialah Tuan Guru Nik Aziz, Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Zaid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan