HULU SELANGOR – Pakatan Rakyat (PR) yakin akan memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dengan lebih besar majotirinya selepas menamakan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai calonnya.
Kelmarin Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengumukan Datuk Zaid Ibrahim menentang Barisan Nasional (BN) yang akan mengumumkan calonnya esok.
Pengarah Pilihanraya PKR Selangor, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, mereka yakin dapat mengkuburkan BN ia dapat dilihat pada majlis pengumuman calon apabila ramai yang hadir.
Ini buktinya rakyat semakin memberikan kepercayaan kepada PR dan trend politik hari ini. Dengan kemenangan Hulu Selangor, kita semakin dekat menghampiri Putrajaya.
“PR memulakan gerak akar umbi sejak dua minggu lalu dan usaha ini menampakkan hasil apabila pengundi berpihak kearah kita,” katanya.
Sementara itu, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata, kehadiran Zaid jelas mencerminkan kemenangan PR kali ini.
“Kesungguhan semua anggota PR yang mula bekerja di peringkat akar umbi menunjukkan kami tetap melakukan sesuatu tanpa memikirkan siapa calon yang diumumkan,” katanya.
Beliau yang fasih menggunakan tiga bahasa Melayu, Tamil dan Hokkien mengerahkan jentera memberikan tumpuan kepada setiap rumah di Hulu Selangor bagi mengenalpasti punca permasalahan yang dihadapi selama ini.
Manakala Naib Presiden DAP, Tan Seng Giaw berkata, tumpuan kempen diberikan hak milik tanah dan isu air.
Jelasnya, selepas 50 tahun diperintah BN, masalah ini masih dihadapi oleh masyarakat Hulu Selangor.
“Dengan kelebihan sebagai Kerajaan Negeri, kita akan memberikan tumpuan dan memastikan tiada rakyat yang dinafikan haknya untuk mendapatkan apa yang sepatutnya,” katanya.
sinar harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan