KUALA LUMPUR : Kempen ‘Kenali Pemimpin Anda’ akan dilancarkan bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim bagi menanam kesedaran awam kepada prestasi dan latar-belakang pemimpin mereka.
Melihat kepada serangan peribadi yang dihadapnya dalam pilihanraya Hulu Selangor lalu, Datuk Zaid berkata antara matlamat kempen ini adalah memberi gambaran sebenar pemimpin-pemimpin setempat kepada masyarakat, baik dari Pakatan Rakyat, mahupun Barisan Nasional.
Beliau berkata demikian di satu sidang akhbar di kediamannya semalam. Zaid berkata kempen ini adalah respon kepada kempen terancang Umno-BN yang bukan sahaja mencemar maruahnya, tetapi juga memfitnah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat lain.
"Saya merayu kepada rakyat, memandangkan mereka mengenali saya dengan jelas sekarang melalui pendedahan ini, saya harap kita juga akan kenal pemimpin kita" rayu Zaid.
"Mari kita kenali menteri kita dengan lebih baik, saya akan lancarkan kempen bagi mengetahui menteri kita dengan jelas," jelas Zaid lagi.
Kempen ini juga antara lain akan bertujuan menafikan peluang kepada Utusan Malaysia untuk memfitnah mana-mana pemimpin pembangkang.
Beliau berharap kempen ini dapat membantu masyarakat menilai sikap sebenar pemimpin mereka, khususnya pimpinan Umno-BN.
Kata Zaid, "Saya dicap ‘kaki botol’, diletakkan poster di seluruh Hulu Selangor dan tiada sesiapapun bertindak, jadi saya kena saman mereka" EP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan