Menurut sumber dalaman parti, Ketua Umum KEADILAN Anwar Ibrahim mengesahkan bekas menteri undang-undang itu adalah calon terbaik untuk mengekalkan kerusi tersebut.
"Zaid seorang tokoh yang dikenali. Semua orang kenal beliau dan agak popular, termasuk di kalangan bukan Melayu. Anwar sedar hal ini.
"Tambahan pula, Zaid dilihat sebagai ahli politik yang berprinsip, sejak beliau melepaskan jawatan menteri. Orang ramai menghormati pendirian beliau ini," kata sumber dalaman itu.
Pada 2008, Zaid menentang keputusan kerajaan pusat untuk menahan tiga individu – seorang pemimpin pembangkang, seorang blogger terkenal dan seorang wartawan – di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Apabila diminta untuk akur kepada keputusan kerajaan, bekas ahli parlimen Kota Bharu itu meletak jawatan. Zaid seorang peguam kemudian bertukar menjadi ahli politik bertindak keluar Umno dan menyertai KEADILAN pada tahun berikutnya.
Sementara itu, sumber itu berkata kemenangan Zaid dalam pilihan raya kecil nanti, akan melonjak namanya bagi memainkan peranan yang lebih penting dalam parti dan Pakatan Rakyat.
"Anwar mewawancara beberapa calon tetapi beliau telah menetapkan Zaid sebagai pilihannya. Kepimpinan parti akan membuat pengumuman tentang hal ini lewat minggu ini," katanya KEADILAN yakin bahawa bekas menteri itu boleh menarik sokongan ketiga-tiga kaum di kawasan majoriti Melayu itu.
Kawasan parlimen itu mempunyai segolongan besar pengundi berbangsa Cina dan India serta dianggap sebagai tempat menguji sentimen rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Zaid: Biar kepimpinan parti membuat keputusan (tajuk kecil) Apabila dihubungi, Zaid enggan mengulas. "Saya serahkan perkara ini kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat pengumuman rasmi," kata beliau.
Kerusi parlimen Hulu Selangor menjadi kosong berikutan kematian Dr Zainal Abidin Ahmad dari KEADILAN pada 25 Mac lalu.
Penamaan calon ditetapkan pada 17 April dan hari mengundi pada 25 April ini.
Pada pilihan raya umum 2008, Zainal telah menewaskan G Palanivel, ahli parlimen di kawasan itu selama tiga penggal dan juga timbalan presiden MIC dengan kemenangan tipis 198 undi.
Barisan Nasional dijangka meletak Palanivel untuk bertanding sekali lagi walaupun terdapat beberapa bantahan daripada kalangan Umno.
Beberapa pemimpin Umno merasakan bahawa calon Melayu lebih berpeluang memenangi kerusi itu berbanding calon dari MIC, yang dilihat telah hilang sokongan dari masyarakat India.
Juga terdapat spekulasi beberapa puak dalam Umno yang tidak berpuas hati akan meletakkan calon bebas.
Tiga tokoh lain menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas.
Teratas dalam senarai ialah pemimpin tempatan yang berpengaruh V Chandran.
Chandran, bekas ketua bahagian MIC Hulu Selangor, yang dipecat dari parti baru-baru ini, adalah penyokong kuat Palanivel.
Dua lagi calon ialah Presiden Majlis Belia India Malaysia A Rajaratnam dan T Ananthan, bekas pekerja Tamil Nesan yang gagal memenangi kerusi Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat dalam pilihan raya MIC yang lalu.
Dalam satu wawancara baru-baru ini, kedua-dua Chandran dan Ananthan mengisytiharkan bahawa mereka mahu "mengajar" (presiden MIC) Sammy Vellu.
Hampir 53 peratus atau 34,020 dari sejumlah 64,500 pengundi berdaftar di Hulu Selangor adalah Melayu, 16,964 (26.3 peratus) pengundi Cina dan 12,453 (19.3 peratus) India.
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar
-
Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala
Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam
bertempat d...
8 tahun yang lalu
2 ulasan:
salam...
memang sesuai jika Zaid di calonkan kerana:
* prinsip dah terang lagi bersuluh
* dia bekas Umno, calon dulu pun bekas Umno...
* jika umno pasti akan cari "umno" tapi kalu melayu kat sana, melayu BN maka susah cikit...
wallahualam...
Wahai Paeh,
Sesiapa sahaja calon dari PKR adalah calon yang bakal ditumbangkan.
Paeh boleh mencari sebab2 yang kukuh kenapa jadi begitu.
Malangnya Paeh tidak berani untuk menyatakan sebab2 tersebut kerana BN boleh menumbangkan sesiapa sahaja dari PR (tak berdaftar).
Sekian.
Catat Ulasan