Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 23 April 2010

Layakkah Kamalanathan Menjadi Pemimpin?

By From Vehicles to Life

Tinggal beberapa hari sahaja lagi PRK untuk parlimen Hulu Selangor. Tinggal beberapa hari saja lagi pengundi - pengundi di kawasan parlimen tersebut akan memilih siapa yang bakal menjadi ahli Parlimen untuk kawasan tersebut.

Namun sebelum anda semua membuat keputusan untuk memilih, cuba anda semua fikir secara tenang. Sekarang di mata anda ada dua orang yang bakal mewakili suara anda ke Parlimen. Seorang yang bernama Zaid Ibrahim yang mengaku kesalahan beliau yang meminum arak ketika waktu mudanya. Seorang lagi yang bernama Kamalanathan yang menipu anda tentang pendidikan yang diperolehi oleh beliau kononnya yang diperolehi di Edith Cowan University yang berpengkalan di luar negara.

Baik, sekarang cuba kita fikir secara mendalam. Dia telah menipu tentang status pendidikan dia secara terang - terangan. Apakah anda semua pengundi parlimen Hulu Selangor yakin dengan janji - janji yang dia telah war - warkan? Apakah anda semua yakin yang dia Kamalanathan akan menunaikan janji kempen ketika Pilihanraya Kecil Hulu Selangor?

Jika status pendidikan boleh ditipu sudah pasti anda semua juga boleh kena tipu. Orang penipu selalunya hidupnya akan terus menipu. Jika dia menjanjikan pembangunan untuk kawasan Hulu Selangor tanya balik pada diri kita, jika status tahap pendidikan dia boleh tipu adakah setiap janji - janji kempen dia harus kita percaya? Jika dia menjanjikan suara anda semua akan dibawa ke Parlimen, tanya pada diri kita jika status pendidikan dia boleh tipu apakah benar suara kita akan dibawa ke Parlimen? Jika dia menjanjikan masalah - masalah yang wujud di kawasan Parlimen Hulu Selangor akan selesai, tanya pada diri kita jika status pendidikan dia boleh bohong kepada kita, benarkah masalah - masalah yang wujud di kawasan Hulu Selangor akan selesai?

Zaid Ibrahim tidak menipu. Segala kesalahan zaman muda - mudi beliau dengan jujur dia mengaku. Cuba tanya pada diri kita, apakah Zaid Ibrahim ini layak menjadi wakil suara anda ke Parlimen? Dia jujur, sudah pasti suara anda akan kedengaran di Parlimen. Dia jujur, jika dia menjanjikan masalah - masalah yang ada di kawasan anda akan cuba beliau selesaikan bersama dengan Menteri Besar Selangor, sudah pasti dia akan cuba sedaya - upaya untuk menyelesaikannya. Orang jujur pasti akan mengotakan janjinya. Orang jujur tidak sama sekali akan cuba membohong dan menipu anda kalian. Orang jujur tidak sama sekali akan cuba memperbodohkan anda semua.

Fikirlah secara mendalam. Keputusan di tangan anda. Anda penentu untuk kawasan anda sendiri.

2 ulasan:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,
Tidak menjadi kudis kalau Kamal dikatakan tidak layak menjadi pemimpin.
Kalau dia menipu mengenai status pendidikannya berilah buktinya. Kamal adalah wakil BN dalam pilihanraya ini. Kalau parti yang bertanding bergantung kepada kelebihan calon belum tentu menang sekiranya parti yang diwakili penuh noda dan moral serta masalah percakaran sesama sendiri seperti yang berlaku di Selangor.
Kelebihan BN ialah kekuatan calon dan lebih penting kewibawaan parti yang diwakilinya.
Selain itu, BN mampu menunaikan janji sedangkan PR (tak berdaftar) baru setahun jagung memerintah bukan sahaja tidak menunaikan janji malah wakil rakyatnya tidak buat kerja selepas menang dan masalah dalaman yang serius.
Tidak perlulah BN Paeh dan kawan2 berbuat bising dalam blog namun keadaan PR (tak berdaftar) nazak di Hulu Selangor.
Kalau tak percaya, Paeh dan kawan2 dijemput melihat bagaimana nazaknya PR (tak berdaftar) di Hulu Selangor.
Kekuatan BN dan calonnya yang mempunyai ciri2 yang baik. Tak perlulah saya perturunkan ciri2nya di sini.
Paeh pun tahu bahawa PR (tak berdaftar) sangat lemah.
Pengundi di Hulu Selangor telah termakan janji manis PR (tak berdaftar) sehingga mereka tidak mendapat pembelaan selama 2 tahun.
Semua orang tahu bahawa Zaid bukannya orang tempatan, bukan orang muda, bukan calon pilihan PKR tetapi calon pilihan Anwar dan paling penting PKR membiarkan rakyat Hulu Selangor tidak terbela ketika Ahli Parlimennya sakit.
Sindrom kelemahan PR (tak berdaftar) semakin ketara.
Blog pro PR (tak berdaftar) boleh menjerit semahunya tetapi pengundi Hulu Selangor akan tetap menghukum gantung tak bertali calon pilihan Anwar.
Ketiga2 anak Ibrahim ini telahpun tahu langit itu tinggi ataupun rendah semasa berkempen di Hulu Selangor akibat mabuk undi rakyat dan pangkat tetapi tidak bekerja.
Sekian.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana mau menilai kebolehan seseorang samada bolih memimpin atau pun tidak.Tidak perlu kelayakan tinggi pon.Posmen pon sebleum ini diterima jadi calon.Dah menang dia cabut.
Sekmua orang tahu sekitar 70 & 80 qn nak jadi posmen tak lulus SRP pon bolih.....sekarang dah jadi YB ,pasang kod...buat muka tak memalu jer senyum rendeh......

biarkan lah rezeki kepada Kamalanathan....biar dia tunjukkan kemampuan....