Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 8 April 2010

Katak akan jadi sampah !!!

Oleh Noor Safinas Ghazali

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucapkan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas yang bakal menjadi sampah kepada Barisan Nasional (BN) tidak lama lagi.

Menurut DPPN Pk dalam kenyataan medianya kepada Erapakatan, mereka tidak sabar menunggu Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 pada bila-bila masa sahaja yang akan menentukan kedudukan 3 orang Adun Perak yang telah menjadi Adun Bebas awal Februari tahun lepas yang lalu.

Setiausaha DPPN Pk,Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, 3 Adun katak tersebut pasti akan dihukum kerana telah mengkhianati amanah rakyat sebelum ini.

"Layanan mesra seperti 'menatang minyak yang penuh' oleh BN itu semata-mata untuk menjaga kepentingan politik jahat mereka bagi mengekalkan perbuatan haram BN di Perak melalui sokongan Adun Bebas itu.

"Kita merasa pelik kerana kes dakwaan rasuah Adun Behrang dan Changkat Jering ini seolah-olah cuba dilengah-lengahkan oleh pihak-pihak tertentu, walhal kes perbicaraan ini tergolong dalam kes berprofail tinggi yang melibatkan kepentingan rakyat Perak yang perlu disegerakan.

"Persoalan yang akan timbul ialah, bagaimana kedudukan mereka selepas ini? Adakah mereka akan bertanding semula? Apakah tiket yang akan mereka bertanding selepas ini? Adakah BN bersedia memberikan ruang kepada mereka bertanding atas tiket BN atau PRU ke – 13 ini akan menguburkan masa depan mereka?" soal Dr Raja Ahmad.

DPPN Pk turut menyeru agar rakyat bijak memilih dan memastikan hukuman setimpal kepada mereka yang mengkhianati amanah rakyat selama ini.

Terdahulu, Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong mengkhianati rakyat Perak sehingga berlakunya rampasan kuasa di negeri Perak.

Era Pakatan

1 ulasan:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Kenyataan Setiausaha DPNNPk, Raja Ahmad al-Hiss memang sesuatu yang boleh diteka.

Begitu dendamnya mereka terhadap 3 ADUN itu tetapi dendam mereka mungkin tidak tertunai dan belum tentu dihukum oleh PR (tak berdaftar).

Rupa2nya PAS juga ada dendam kesumat atas alasan 3 orang ADUN tersebut kononnya mengkhianati rakyat.

Malangnya mereka tidak pula mengatakan wakil rakyat yang melompat ke dalam PR (tak berdaftar) sebagai katak, mengkhianati rakyat dan jauh sekali meletak jawatan.

Hebat sungguh Raja DPNNPk kita ini.

Agaknya dia belajar di mana hingga dapat pangku DR pada dirinya dan siapa yang tanggung dia belajar.

Mungkin Paeh dan DR DPNNPk akan mengatakan bahawa itu tanggungjawab kerajaan dan kerajaan bukanlah UMNO dan BN dan apa saja alasan boleh digunakan untuk dibangkang kesemuanya.

Kalau dilihat dari isu semasa politik, kesemuanya dituding menyalahkan UMNO dan BN hatta masalah dalaman dan moral PR (tak berdaftar) juga dituduh BN yang melakukannya.

PAS tiada hak untuk menghukum orang lain dalam politik dan lain2.

Kebebasan yang bukan mutlak telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Untuk pengetahuan Paeh, lihatlah dalam PR (tak berdaftar) dan PAS sebelum menuding jari ke arah orang lain kenapa dan bagaimana PR (tak berdaftar) menjadi seperti sebelum ini, hari ini, esok dan akan datang.

Ingatlah empat jari yang lain masih menuding ke arah PR (tak berdaftar).

Mereka sentiasa GAGAL kerana banyak kelemahan. Dan kelemahan itu GAGAL disedari oleh tuanpunya organisasi seperti PR (tak berdaftar) menyebabkan senjata kekuatan yang berada di tangan BN digunakan sepenuhnya untuk mencapai kejayaan.

Itulah nasib PR (tak berdaftar) yang tidak mengenali dirinya yang banyak kelemahan dan saya dapat meneka bahawa Paeh dan gengnya gusar dengan kelemahan oraganisasinya.

Semua orang tahu kelemahan PR (tak berdaftar) tapi biarlah ia menjadi rahsia orang lain termasuk BN.

Sekian.