Bekas setiausaha agung MCA, Datuk Wong Foon Meng mengumumkan bahawa hari ini merupakan hari terakhir beliau memegang jawatan Yang Dipertua Dewan Negara.
Ka
tanya, pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara baru akan dibuat pada hari pertama sidang berkenaan, 26 April ini. “Tempoh khidmat saya sebagai Yang Dipertua berakhir hari ini dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membawakan usul pada hari pertama sidang untuk membuat pelantikan baru,'' katanya.Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Pameran Kesedaran HIV/Aids di Bangunan Parlimen hari ini.
Minggu lalu, Datuk Kong Cho Ha dilantik menggantikan Wong sebagai setiausaha agung MCA yang baru.
Ia ekoran keputusan pemilihan pucuk pimpinan MCA baru-baru ini yang menyaksikan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipilih sebagai presiden.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan