Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 25 April 2010

BN menang biasa, kalau Pakatan Rakyat menang luar biasa

Barisan Nasional telah disahkan menang kerusi P 094 Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi berbanding 198 majoriti yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

BN yang diwakili P. Kamalanathan memperoleh 24,997 undi, sekali gus menewaskan calon Pakatan rakyat , Datuk Zaid Ibrahim yang memperoleh 23,272 undi.Secara umunya saya tegaskan bahawa kemenangan BN adalah sesuatu yang biasa yang sewajarnya boleh dicapai dengan kerahan seluruh jentera parti dan kerajaan untuk menghadapi PKR dan pakatan Rakyat yang cuma menggunakan jentera parti sahaja.

Bayangkan dalam masa sesingkatnya sebanyak RM 64 juta projek ditawarkan sebagai modal kempen BN . Saya tidak pasti dari mana peruntukan itu diambil sedangkan jumlahnya itu cukup besar bagi sebuah parlimen dalam keadaan kerajaan kononnya ditekan oleh PM 1Malaysia supaya berjimat.

Logiknya Hulu Selangor boleh bertukar menjadi sebuah kawasan yang lebih maju dan baik dari parlimen lain kalau masa kempen lebih lama lagi. Tentunya bukan 64 juta tetapi lebih dari itu kerana setiap hari kempen BN berlaku terhamburlah tawaran projek dan janji-janji manis dari BN.

Selain itu walaupun BN nampak sibuk juga diwaktu malam berkempen namun sebenarnua semua saluran TV telah menjadi bahan kempen yang paling efektif untuk penduduk di Hulu Selangor.

Kehadiran jumlah yang ramai dalam setiap ceramah Pakatan Rakyat tidak boleh dijamin adakah mereka yang hadir itu adalah pengundi. Namun kempem BN melalui radio dan TV sampai kesemua rumah penduduk tidak mengira siapakah mereka.

Semua tawaran dan kononnya kebaikan BN diwar-warkan setiap saat di radio dan TV, sedangkan sebaik manapun kebaikan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat dipersenda dan dinafikan maklumat sebenar oleh media.

Itupun BN cuma menang tipis dengan jumlah pencapaian sebenar yang pernah dicapai pada satu masa dulu sehingga calonnya boleh menang dengan majoriti lebih 10,000.

Sebab itu walaupun Najib menyifatkan kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini sebagai satu "perubahan besar." dan keputusan pada kali ini bererti sudah ada peralihan sokongan kepada BN.

Namun saya tegaskan bahawa Hulu Selangor sebenarnya adalah bukti bahawa BN masih ditolak oleh rakyat. Jumlah kekalahan tipis calon PKR membuktikan jentera PKR dan Pakatan Rakyat masih berbisa dan satu ancaman yang besar kepada BN.

Maka saya tegaskan bahawa satu fenomina biasa dengan kemanangan calon BN namun jangan mendabik dada dengan kemenangan itu kerana rakyat Hulu Sealngor mulai hari ini sedang menunggu janji-janji yang ditabur di situ.

Ditunaikan atau tidak bukan soal kami tetapi BN sesungguhnya menghadapi suasana yang lebih sukar dalam piliharaya kecil di Parlimen Sibu pada bulan hadapan. Apa pula kata BN kalau di kalah ditempat dia menang . Kita tunggu dan lihat episod berikutnya.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG.

Tiada ulasan: