Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 19 April 2010

SPR digesa pastikan pilihan raya kecil Hulu Selangor lancar

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa memastikan proses pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Ahad ini berjalan lancar berikutan pemindahan pusat pengundian lebih 14,000 pemilih di kawasan itu oleh SPR.

Pengarah Pilihan Paya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh berkata, tindakan SPR memindahkan pengundi terbabit ke pusat pengundian yang baru berbanding ketika pilihan raya umum 2008 tanpa memaklumkan kepada pengundi, boleh menimbulkan kekecohan pada hari pengundian.

"Kita mendapat tahu perkara ini (pertukaran pusat pengundian) selepas menerima senarai daftar pemilih pada 8 April lalu dan jumlah ini adalah besar.

"Jika tidak dimaklumkan kepada pengundi dalam tempoh terdekat kita yakin banyak masalah akan timbul (pada hari pengundian)," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Tiada ulasan: