Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 17 April 2010

NGO Islam buat laporan polis terhadap Dr Asri dan Malaysiakini

KUALA LUMPUR - Kira-kira 50 orang wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini membuat laporan polis terhadap bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana mengeluarkan artikel berunsur hasutan.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan Yusri Mohamad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 11.30 pagi.

Beliau juga membuat laporan polis itu turut dibuat terhadap laman web Malaysiakini kerana menyiarkan artikel tersebut yang bertajuk 'Cabaran Gerakan Pembaharuan' bertarikh 4 April lepas.

Yusri berkata artikel tersebut mengandungi unsur-unsur hasutan yang melanggar Akta Hasutan 1948 kerana didakwa menghina agama Islam dan Institusi Raja-raja Melayu.

"Antara artikelnya (Mohd Asri) mendakwa sultan-sultan Melayu ketika itu dikuasai oleh Inggeris dan golongan pembaharuan pula gagal mendekati para sultan dan raja kecuali di Perlis," katanya kepada pemberita di sini.- Bernama

1 ulasan:

opisboi berkata...

ngo yg hipokerit