Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 24 Januari 2011

MCA Menghina Islam : Mufti Perak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPvNdOG9vkF2AOxJ77Q4sSZAcrF978D70n5fiGY-4sfdYBFU2oihhAhYfxYHEPGXrCyBi3FHHeLTsuoZZ_K4t4L9lm2FBDdky6jXR0NwquSCWGGvPVwL5c4OoieShDfL4TgPQECE8hYw0/s400/MuftiPerak%5B1%5D.jpg

LABIS, 24 Jan - Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ketika ditemuramah oleh The Malaysian Insider menggesa presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meminta maaf kepada orang beragama Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.

Beliau menyifatkan isu salam yang dimainkan presiden MCA Chua Soi Lek terhadap calon PAS Normala Sudirman di Tenang yang tidak bersalaman dengan lelaki ketika berkempen disifatkan sebagai satu penghinaan kepada agama Islam yang merupakan agama rasmi Malaysia.

Menurutnya, sebagai seorang wanita yang beragama Islam, sudah menjadi kewajiban beliau untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam.

Beliau turut mengingatkan agar MCA tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi berkaitan agama Islam.

1 ulasan:

donk berkata...

hallo harussani
kome lembut betul ya..ayat ...mengingatkan ..pada cina tu...

cukup lemah lembut..lemah gemalai..macam tarian ziana depan najiz dulu tu...

ini hukum le...kamu perlu keras..bukan macam tu...