Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 28 Januari 2011

Gelagat Puteri Umno ‘perasan’, Srikandi lapor polis

LABIS: Srikandi KEADILAN malam semalam membuat laporan polis berikutan kamera kepunyaan salah seorang ahli Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dirosakkan dua ahli Puteri Umno di sini, petang semalam.

Kejadian berlaku ketika anggota AMK itu sedang merakam gambar kugiran muzik sebelum dua ahli Puteri Umno melalui kawasan berhampiran dan ‘perasan’ atau menyangka gambar mereka diambil, sedangkan lensa di hala ke arah kugiran.

Bercakap kepada KeadilanDaily.com, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Ismail, berkata ahli Puteri Umno itu kemudian dikatakan menepis kamera berkenaan hingga terhempas dan mengalami kerosakan teruk.

Beliau berkata, kedua-dua ahli Puteri Umno itu kemudian dikatakan beredar meninggalkan kawasan itu tanpa memohon maaf atau membayar ganti rugi.

“Kami memanggil kedua-dua Puteri Umno itu untuk penjelasan tetapi tidak diendah. Dua anggota polis yang berada di tempat kejadian turut sama memanggil mereka tetapi gagal, malah tangan seorang anggota turut ditepis,” katanya.

Berikutan itu, Siti Aisyah membuat laporan di balai polis Labis. Puteri Umno itu turut berbuat demikian.

“Srikandi dan Puteri Umno kemudian bersetuju menarik balik laporan, sebaliknya mereka menuduh kononnya ‘persentuhan fizikal’ dan penggunaan kata-kata kesat dalam laporan mereka,” katanya yang bercadang membuat dua lagi laporan.

Tiada ulasan: