Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 26 Januari 2011

PRK TENANG: Calon BN Kotor (tak bersih) !!

LABIS, 27 Jan: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim hakikatnya telah disahkan bersalah oleh mahkamah kerana melelong tanah secara tidak sah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.


"Melelong tanah secara tidak sah bukan sahaja tidak mengikut prosedur malah adalah satu kesalahan dan oleh sebab itulah Mahkamah Tinggi Muar memerintahkan dikembalikan tanah itu kepada pemiliknya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008.

"Jika tindakan melelong itu sah, mengikut prosedur dan bukan satu kesalahan, mahkamah tidak akan memerintahkan tanah itu dikembalikan," katanya.

Mahfuz menyeru rakyat Tenang menolak Mohd Azahar yang telah disahkan melakukan kesalahan oleh mahkamah dan memilih calon PAS, Normala Sudirman.

"Normala bukan sahaja bersih dari tuduhan penyalahgunaan kuasa seperti yang sedang dihadapi oleh Mohd Azahar malah calon PAS di Tenang itu pernah diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran," katanya.

Mohd Azahar kini adalah defendan pertama dalam tuntutan saman Norhana Mohd Ali yang telah terpedaya membeli tanah Mansor yang dilelong secara tidak sah itu.

"Akibat penglibatan Mohd Azahar melelong tanah dengan cara yang didapati salah oleh mahkamah itu, kerajaan dan rakyat kini menghadapi risiko menanggung kerugian kira-kira RM1.5 juta," kata Mahfuz.

Norhana menuntut gantirugi berjumlah kira-kira 1.5 juta dan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Norhana ke atas calon BN di Tenang itu dan tiga yang lain pada 7 Februari 2011 ini.

"Dari segi integriti, Mohd Azahar hakikatnya tidak ada integriti kerana beliau sebelum ini mendakwa apa yang dilakukannya mengikut adalah prosedur dan kes lelongan tanah itu telah selesai.

"Kalau mengikut prosedur, mengapa mahkamah mengesahkan kesalahan beliau terlibat dalam lelongan tanah secata tidak sah dan jika selesai, mengapa pula ada tuntutan berkaitan tanah itu yang akan didengari mahkamah pada 7 Februari ini?" Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan.

Kalau sebagai pentadbir tanah pun beliau telah menghadapi tuduhan menyalahgunakan kuasa dan disahkan pula oleh mahkamah melakukan kesalahan, Mahfuz mengingatkan para pengundi di Tenang tentang kemungkinan bahaya lebih buruk yang akan dihadapi oleh rakyat dan kerajaan jika Mohd Azahar mendapat kuasa lebih besar hasil kemenangannya dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Dengan kuasa hanya sebagai pentadbir tanah sahaja Mohd Azahar bukan sahaja telah memburukkan imej kerajaan malah mengakibatkan rakyat dan kerajaan menanggung risiko kerugian kira-kira RM1.5 juta, bayangkan kalau beliau mendapat kuasa lebih besar jika beliau menang pilihan raya kecil Tenang," beliau mengingatkan.

<

2 ulasan:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Isu lelong tanah yang dibawa oleh PAS terutamanya Din dan Mahfuz menjadikan calon BN lebih bersemangat.

Apa tidaknya kalau dilihat bagaimana isu itu dimanipulasikan oleh PAS yang kini tertekan untuk menang.

Kami dah tahu tentang kuasa yang ada di tangan bekas ADO yang jadi calon BN sekarang ini.

Sebagai penjawat awam, kuasa beliau hanya berkaitan dengan tugasnya sahaja.

Urusan lelongan tanah bukanlah urusan beliau dan dalam hal ini ada prosedur tertentu yang perlu diikuti.

Mereka yang memanipulasikan isu tanah ini agaknya sudah kekeringan idea kemenangan.

Biarlah PAS dengan labu labinya.

Sekian.

umno..utusan monyet nonggeng only berkata...

kalau orang umno..pandai pulak di bela..kira senang cakap orang umno macam malaikat le..

tu yang kes rogol boleh settle kerana suka sama suka..kes rasuah oleh settle kerana itu hadiah..

ado ke do ke memang diketahui ada hak atas tanah..jangan putar belitkan cerita..kalau takda hak pun atas paper ianya boleh dibuat atas panggilan talipon...yang jadi sekarang ni le kat malaysia...tu sebab ado ke do ke penghulu ke..dah ada kuata untuk tanah yang di buat lot misalnya...takkan PKR tak tau..atau buat buat tak tau..