Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 14 Januari 2011

Kenyataan media Nurul Izzah berkenaan isu azan di Kerinchi

Agama Islam menuntut kita mencari kebenaran. Kebenaran harus dicari secara beradab. Kesederhanaan dan keharmonian harus dipelihara. Oleh yang demikian, saya menjemput mereka yang sedang menunjuk perasaan bersama-sama dengan saya mencari kebenaran dalam isu azan Masjid Al-Ikhlasiah
Pertama: siapakah yang telah membuat aduan, dan adakah surat ini telah diteliti isinya untuk mendapat gambaran yang sahih lagi benar.
Kedua: jika benar surat ini secara rasminya telah dihantar dan telah diterima oleh YAB Perdana Menteri, YB Datuk Raja Nong Chik, YB Major Datuk Seri Jamil Khir bin Baharom, YB Dato Seri Mohd Nazri, YB Dato Seri Koh Tsu Koon dan penasihat agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah bin Mat Zain, jadi apakah respon mereka?
Ketiga: pihak mana yang telah memberi arahan kepada Jawatankuasa Masjid untuk merendahkan volume suara azan, dan
Terakhir, seandainya pihak JAKIM yang mengeluarkan arahan tersebut, kita harus mendapatkan penjelasan bertulis samada wujudnya garis panduan berkenaan laungan azan di semua masjid-masjid dan surau di seluruh negara, yang memungkinkan JAWI mengeluarkan arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah.
Pihak yang membantah wajib bertanya pada penerima surat-surat ini apakah respon mereka?

YB Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Tiada ulasan: