Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 31 Januari 2011

Mahfuz dan Hatta masih terperangkap banjir

Dua Ahli Parlimen (MP) PAS menceritakan pengalaman ngeri mereka awal pagi tadi sehingga terperangkap dalam satu 'pulau' banjir di Pagoh.

“Kami sekarang berada di Kampung Bukit Limau Manis, Pagoh 3, Segamat. Kami telah memaklumkan kepada pihak berkuasa. Bantuan masih tidak kesampaian. Paras air semakin naik dan hujan masih turun.

Bekalan elektrik terputus. Kami sekarang tengah menumpang in satu rumah orang kampung dan dilayani dengan baik,” tulis Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli yang tersangkut di kampung tersebut bersama Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mengimbas kembali peristiwa ngeri semalam, Dr Hatta berkata beliau dan Mahfuz cuba meninggalkan Labis pada pukul 1.30 pagi, namun tidak berjaya kerana tersekat kerana kesesakan yang teruk di Segamat.

“Kami tidak boleh meneruskan perjalanan, oleh itu kami berpatah balik ke arah Labis dan mengambil jalan Felda Chempedak ke Pagoh.

Selepas mengharungi dua kawasan banjir, masalah kami bermula,” imbas Dr Hatta.

(GAMBAR: Dr Hatta bergambar dengan kanak-kanak di 'pulau' Pogoh tempat beliau terperangkap sehingga jam 8.30 malam 31 Januari. Selepas itu, belliau dibawa dengan bot penduduk kampung keluar dari situ dan dalam perjalanan menaiki Hilux. Kereta beliau terpaksa ditinggalkan di pulau 'Pogoh" ini)

Dalam perjalanan menghala ke Pagoh, Dr Hatta berkata mereka menemui lima kawasan banjir namun mereka berjaya merentasinya dengan kereta T Fortuner.

“Kawasan banjir terakhir sangat dalam airnya dan air mengalir dengan sungguh deras sekali. Air juga memasuki kereta, namun kita berjaya sampai ke kawasan tanah kering. Ia sudah 3 pagi pada masa itu,” kata Dr Hatta yang mengklasifikasikan peristiwa itu tersebut sebagai ‘sangat ngeri’.

Selepas itu, Dr Hatta dan Mahfuz membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan, dan selepas satu minit daripada tempat kejadian ngeri tadi, mereka sekali lagi bertembung dengan kawasan banjir, di mana kali ini Mahfuz, yang juga Naib Presiden PAS menasihatkan Dr Hatta untuk tidak mengambil risiko untuk mengharungi kawasan banjir keenam ini.

“Saya setuju dengan Mahfuz dan menghentikan kereta di tepi jalan berdekatan dengan dua rumah kampung yang bersuluh,” kata Dr Hatta.

Sebelum berehat sejenak di kereta, Dr Hatta sempat meletakkan satu petanda di masa gigi air berada untuk melihat perubahan paras air.

“Saya tidur nyenyak sehingga masa untuk solat subuh dan mendapati petanda yang saya letak telah hilang dan paras air hanya beberapa kaki saja daripada kereta. Subhanallah. Kami terperangkap di dalam satu pulau!” kata Dr Hatta lagi.

(GAMBAR: Mahfuz bergambar dengan keluarga angkat tempat beliau menumpang ketika terperangkap)

Namun begitu, nasib malang Dr Hatta dan Mahfuz di’offset’kan dengan layanan mesra penduduk-penduduk kampung di Kampung Bukit Limau Manis di mana mereka dijemput untuk menumpang di salah semua rumah mereka.

“Kami dijemput oleh orang kampung, menunaikan solat dan diberitahu bahawa daripada pengalaman lepas mereka, ia akan mengambil masa beberapa hari untuk paras air turun. Ahh sudahh!

Nasib baik ada bekalan elektrik untuk mencajkan Blackberry,” kata Dr Hatta yang ketika itu berasa yakin bahawa mereka akan diselamatkan oleh bantuan JKM atau pasukan Ahli Parlimen kawasan tersebut sekejap lagi.

“Saya yakin bahawa JKM atau pasukan ahli parlimen kawasan ini akan datang dengan boat untuk memberikan ikan sardin. Aku pun akan buat muka welfare tadah tangan,” tambah Dr Hatta.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, sehingga jam 2 petang tadi, menurut Dr Hatta, masih tiada orang dan pihak berkuasa yang datang menghulurkan bantuan, dan keadaan bertambah perit apabila bekalan elektrik turut terputus di kampung tersebut.

“Kami masih menunggu,” itulah mesej terakhir yang dihantar Dr Hatta dan Mahfuz kepada Harakahdaily tengah hari semalam.

2 ulasan:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Setelah berkampung di Tenang untuk mencari sesuap undi, pemimpin dan blogger pro PAS balik ke tempat masing2.

Mereka balik tanpa peduli sedikit masalah banjir yang dihadapi oleh penduduk Tenang.

Mereka datang untuk meraih undi tetapi dari segi khidmat masih kosong.

Buktinya mereka hanya melihat banjir yang berlaku tetapi tiada daya usaha untuk membantu.

Kita lihat blogger pro PAS berkemas balik untuk mengelakkan dari terperangkap.

Penduduk Tenang buat keputusan yang betul dengan mamilih calon BN yang menang besar.

Selepas menang, YB Mohd Azhar terus berjumpa dengan mangsa banjir untuk melihat keadaan mereka.

Memang wajar BN menang besar.

Tinggalah Parti Aku Syok sendiri yang kalah hanya muncul semasa pilihanraya umum dan PRK.

Sama ada PAS menang atau kalah, pasal berkhidmat itu lain hal.

Pengajaran di Tenang telah menampakkan siapa sebenarnya gila undi dan kuasa.

Sekian.

Hamdan Rukun berkata...

YANG SEBENARNYA DUA DUA MAMAT NI PONDAN. DENGAR CAKAP BERDEGAR DEGAR.

RUPANYA PENAKUT. MERAYU MINTAK TOLONG. PAKSA ORANG ABAI RAKYAT, DULUKAN DIA ORANG.

KALAU MEMERINTAHLAH GAMAKNYA DAH LARI KE SIAM DAH KOT..