Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 24 Januari 2011

PRK TENANG- Calon BN ada masalah ketika menjadi Penolong Pegawai Daerah Segamat



PAS telah mendedahkan kecuaian calon BN Mohd Azahar Ibrahim ketika menjadi penolong pegawai daerah Segamat, telah mengakibat tanah seorang penduduk dilelong tanpa pengetahuannya. Dakwaan tersebut dibuat oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam satu sidang akhbar di Tenang hari ini.

Salahuddin berkata, kes itu berlaku pada tahun 2003 sehingga mengakibatkan sebidang tanah milik Mansor Mohamad telah dilelong. Katanya, ekoran Mansor gagal membayar balik ansuran bank, Azahar mengadakan satu inkuiri yang membawa kepada tanah Mansor dilelong tanpa pengetahuannya. Bagaimanapun, pada tahun 2008, Mahkamah Tinggi Muar membuat keputusan yang memihak kepada Mansor di mana beliau menamakan pejabat tanah daerah Segamat sebagai defenden. Salahuddin mendakwa, kecuaian Azhar itu telah mengakibat nama baik pejabat pentadbir tanah Segamat terjejas dengan teruk. Tegasnya, ia sekaligus menghakis keyakinan rakyat terhadap ketelusan pejabat tanah daerah Segamat dalam mengurus dan mengendalikan tanah mereka.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam ziarah... mohon link blog hamba di blog ni..hamba harap permintaan ini dapat ditunaikan tq..

http://kedah-online.blogspot.com