Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Azahar tidak lagi boleh berdolak-dalik untuk menyatakan bahawa beliau mengikuti prosedur lelongan dan bertindak dalam batas-batas peraturan.
“Apa yang menjadi lebih malang ialah kenyataan beliau semalam terus menafikan bahawa tidak bersalah dan yang bersalah adalah Mansor Mohamad yang telah meminjam dari bank CIMB dan tidak membayar ansurannya sehingga tanah perlu dilelong,” katanya pada sidang media di Markas Operasi PAS PRK Tenang di sini, hari ini.
Katanya, Azahar hanya bertindak menjalankan tugas sebagai seorang Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat dan apa yang lebih malang lagi adalah kenyataan Datuk Ahmad Maslan, seorang timbalan menteri merangka ketua penerangan Umno bahawa kesalahan itu adalah bersifat sivil dan bukan kriminal.
“Kami ingin sekali lagi mengingatkan kepada calon Umno BN ini bahawa kesalahan beliau adalah melelong tanah secara tidak sah, bukan sahaja tidak mengikut prosedur, malah adalah satu perkara yang jelas bahawa beliau tidak kompeten dan tidak bertanggungjawab,” ujarnya.
Oleh sebab itulah, katanya Mahkamah Tinggi Muar memerintah dikembalikan tanah itu kepada pemilik asalnya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008.
Menurutnya, jika tindakan melelong itu sah, mengikut prosedur dan bukan satu kesalahan, mahkamah tidak akan memerintahkan tanah itu dikembalikan.
“Di sini, kami sekali lagi ingin tegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno BN yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi beliau tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri,” ujarnya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
Hakikatnya, tegas beliau fakta-fakta yang gtelah PAS dedahkan sejak pendedahan isu itu jelas menunjukkan bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon BN sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya sikap Azahar dan pemimpin Umno amnya adalah sangat bermudah-mudah dengan isu-isu integriti, penyalahgunaan kuasa dan pertanggungjawaban.
Tambahnya, meskipun isu itu bukan kesalahan kriminal berat seperti membunuh, mencuri dan merompak, namun atas kesalahan pengurusan dan saratnya negara ini dengan amalan pincang, tempang dan tidak bertanggungjawab seperti yang dilakukan calon BN itulah, maka negara hari ini terjerumus dalam sistem penghantaran yang tiris dan bocor seperti yang dilaporkan Ketua Audit Negara yang menelan belanja dana rakyat sebanyak RM28 bilion setiap tahun.
“Kami mahu pemimpin Umno BN menimbang kembali pencalonan Azahar kerana ternyata berlawanan, bukan sahaja curang kepada partinya dalam menutup kesalahan dirinya bahkan akan menjejaskan kredibiliti pentadbiran kerajaan.
“Kami mempertegaskan dalam keadaan negara berhadapan dengan krisis-krisis pengurusan kewangan yang besar yang berpunca daripada ketiadaan integriti kepimpinan, maka PRK N05 Tenang ini tidak memerlukan seorang calon yang akan memburukkan lagi keadaan sekaligus memburukkan serta memangsakan rakyat yang lemah,” ujarnya.
Justeru, tegasnya para pengundi PRK Dun Tenang tidak mempunyai pilihan lain melainkan memilih calon PAS, Cikgu Mala yang telah dibuktikan cemerlang dan tidak dipersoalkan integriti berbanding calon BN.
2 ulasan:
Wahai Paeh,
BN sudah tahu siapa sebenarnya Mala.
Orang kampung Mala pun tahu siapa dia sebenarnya.
Hal suami dia pun kita dah faham apabila jadi pengiring calon.
Dengar cerita dia bukan ambil cuti biasa.
Emak Mala adalah ahli UMNO.
BN bukannya macam PR (tak berdaftar) dan PAS yang suka selak kain orang dan tidak sedar kain sendiri pun koyak rabak.
Jadi orang Tenang sudah ada pilihan tapi bukan yang ini.
Apa dia boleh buat ketika banjir di Tenang.
Datang dan tengok sahajalah.
Tunggulah hari Ahad ini.
Sekian.
pkrkat atas tu..
kamu teruskan dengan kebodohan kamu tu...
bodohterus bodoh..bangang terus bangang...
sapa engkau nak pilih terpulang..pergi mampos engkau dan family engkau..
engkau ingat tok kai kenal engkau ke..najis kenal engkau ke...engkau ibarat pencacai angkat taik je...orang tak pandang pun kat engkau..
tak payah babitkan family calon ...kalau engkau nak pilih si bebal tu..mungkin sedara mara engkau..pergi jahanam le engkau..
kalah adat..ada menang ada kalah..tapi kalah pun sentiasa atas sebab menipu..kuasa duit..tabur sana sini...kena pula musim banjir tu..baru hujan lima minit..bantuan banjir dah sampai...engkau tengok masa sama lepas pilihanraya ni...
kalau pemimpin baik..engkau rasa seronok dan rasa maju seperti sekarang engkau tahu tak jika orang lain mungkin lebih lebih lagi selesa...setengah abad dan memerintah..masih dari dulu,kini dan selamanya bodoh...his his his
Catat Ulasan