Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 5 Okt - Cadangan membina kasino terbesar di Karambunai Resort, Sabah jelas menunjukkan kepada rakyat bahawa yang sebenarnya menyokong kewujudan institusi serta menggalak aktiviti perjudian di negara ini adalah Umno-Barisan Nasional.
Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berdiam diri dan tidak menyatakan pendiriannya berhubung cadangan membina sebuah lagi kasino terbesar di Sabah.
"Isu muktahir tentang perjudian apabila disanggah dan dibantah keras oleh Pakatan Rakyat, maka perjudian sukan dibatalkan tetapi pada masa yang dikejutkan pula tentang cadangan Karambunai Resort untuk mengadakan pula kasino.
"Walaupun dinafikan oleh Karambunai Resort tetapi yang jelas perkara itu telah dibentangkan dalam satu perbincangan tertutup berhubung aktiviti pelancongan dan pada ketika itulah terdedah rancangan tersebut.
"Tetapi hingga sekarang, kerajaan pimpinan Najib tidak memberikan sebarang reaksi sama ada rancangan itu batal atau pun tidak," kata beliau kepada Suara Keadilan.
Jelasnya lagi, jika cadangan untuk membina kasino itu sesuatu yang buruk kepada rakyat, kerajaan Umno-Barisan Nasional sepatutnya boleh terus membatalkan rancangan mengadakan satu lagi pusat perjudian di negara ini.
Tetapi sebaliknya, Karambunai Resort pula yang menafikan cadangan tersebut dengan alasan kononnya ianya adalah sekadar satu cadangan yang menjadi 'copyright' (hakcipta) mereka.
"Akhirnya perkara itu terbongkar dengan sendiri apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) kemudian memasukkan cadangan tersebut ke dalam laporan mereka.
"Jelas menunjukkan bahawa yang menyokong kewujudan lesen-lesen perjudian adalah Umno dan ini merupakan satu pengkhianatan kepada agama dan bangsa itu sendiri," tegas beliau.
Dalam reaksi mereka, Karambunai Corp Bhd menyatakan bahawa setakat ini ia tidak mengemukakan sebarang cadangan rasmi kepada kerajaan mahu pun menandatangani sebarang dokumen bertulis dengan mana-mana pihak ketiga lain berkaitan dengan sebarang rancangan untuk membina kasino di Karambunai.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendesak Najib supaya memberikan penjelasan sama ada kerajaan akan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).
Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar.
Projek itu dikatakan telah dicadangkan oleh Pemandu, sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
28 ulasan:
KM sabah tidak akan membenarkan pembinaan casino di Sabah. Mungkin ini hanya khabar angin dari sesetengah pihak. Sedangkan tidak pernah dibincangkan mengenai casino untuk dibuat di sabah.
pembinaan kasino di Sabah sebenarnya cuma khabar angin yang sengaja disebarkan oleh pihak yang tertentu. Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan menjelaskan bahawa spekulasi bahawa kerajaan telah membenarkan pembinaan kasino di negeri ini merupakan satu pembohongan dan tuduhan yang melulu. selain itu, Karambunai Corp juga telah membuat kenyataan di Bursa Malaysia, menafikan pernah menghantar cadangan rasmi kepada kerajaan Malaysia mahupun menulis dokumen bertulis dengan mana-mana pihak ketiga lain berkaitan dengan rancangan untuk membina kasino di Karambunai.
Sampai sekarang pun masih belum ada apa-apa kepastian untuk membina kasino ini.
Lebih baik kita tunggu saja perkembangan cerita.
Cadangan kasino dibina di Sabah adalah khabar angin. Oleh itu, tidak perlulah kita risau.
cerita tentang pembinaan kasino di Sabah adalah cuma khabar angin semata-mata. ianya telah pun dinafikan.
pembinaan kasno di karambunai hnyalah kabar angin sahaja. pihak karambunai sendiri telah menafikan menghantar cadangan pembinaan kasino kepada kerajaan pusat.
Walaubagaimanapun, jikalau ada betul cerita tersebut, saya rasa denga pembinaan kasino dapat membantu meningkatkan ekonomi di Sabah.
Setahu saya pembinaan kasino di Sabah ini cuma khabar angin sahaja.
Tidak dapat dipastikan samada pembinaan kasino akan dilaksanakan. Cuma kalau fikir cara positif sebenernya pembinaan kasino ini mampu menarik lebih ramai pelancong asing ke negeri ini, pada masa sama juga ia dapat memberi peluang pekerjaan. Saya pasti pihak2 tertentu akan memantau aktiviti kasino tersebut dan akan memastikan hanya pelanggan2 tertentu sahaja yang dibenerkan. Apa pun ianya terpulang kepada penerimaan setiapa rakyat di negeri ini tentang kebaikan dan keburukan.
Karambunai Corp Bhd menyatakan bahawa setakat ini ia tidak mengemukakan sebarang cadangan rasmi kepada kerajaan mahu pun menandatangani sebarang dokumen bertulis dengan mana-mana pihak ketiga lain berkaitan dengan sebarang rancangan untuk membina kasino di Karambunai.
Perlukah mengatakan kelemahan kerajaan tentang pembinaan ini, sedangkan belum ada cadangan rasmi mahupun menandatangani sebarang dokumen.
Kalau lah ada projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar ia pasti lebih menarik.
Apa yang dinyatakan dalam artikal ini sepatutnya tidak perlulah disebarkan, kerana pembinaan kasino ini belum tentu ada....
kenapa isu ini masih dibangkitkan sedangkan pihak karambunai dan MP kota belud telah buat kenyataan menafikan cadangan pembinaan kasino di Sabah. wajarkah hanya disebabkan Najib tidak memberi kenyataan, ada pihak yang sengaja mengambil kesempatan dengan membuat spekulasi berhubung dengan isu ini.
hentikanlah dari terus membuat spekulasi terutamanya terhadap isu yang telahpun dinafikan kebenarannya.. jika masih ada pihak yang rajin mempertikaikan isu kasino ini,,, jangan lupa..
Jasa Anwar meluluskan lesen judi sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan tidak wajar kita lupakan. Sahabat2 'judi' Anwar iaitu TS Vincent Tan, pemilik Berjaya Toto serta memiliki beberapa kasino di luar negara juga tidak harus kita lupakan sama sekali. Anwar juga bertanggungjawab meluluskan banyak lesen judi 'jackpot' di Kelab milik Berjaya Group - Tropicana Golf & Country Club... Lim Guan Eng wajar menarik balik lesen premis Berjaya Toto yang diluluskan PBT di Pulau Pinang. Selangor juga wajar berbuat perkara yang sama, bukannya hanya pandai menghalang judi.
selagi perkara itu belum pasti, jgnlah kita perbesarkan. kasino takkan dibuka di sabah. pihak karambunai dah menjelaskan hal ini.
Sudah cukaup Malaysia dibanjiri kegiatan perjudian.
Ini cuma satu cadangan tak perlulah terlalu beremosi terhadapnya.
Saya rasa sudah jelas orang2 penting di Sabah menolak cadangan ini. Dan rakyat juga menentang pembinaan ini.
Kan dah kata tiada kasino kat Sabah ni.Yang korang sibuk pasal ni apasal?
Stop spreading lies. How do you know this thing, you're not even a Sabahan? Cut the crap.
Betul ada yang cakap duit judi itu jangan guna untuk makan tapi guna untuk pembangunan. Tapi, adakah ini akan membantu menyelesaikan masalah sosial rakyat nanti. Tidak ada guna juga sekiranya pembangunan maju tapi rakyat dalam kesengsaraan.
Haiya, tolong lah.Sudahlah lui pun tak cukup, buatpa mau buka itu kasino?Kasi pening tawkey2 saja.
kita tunggu cerita sebenar mengenai casino ini. Adakah benar atau hanya sebagai alat oleh PR yang sedang mencari salah dalam BN.
Why it's such a big deal about this thing? There's nothing happened in here.
No casino to be built here. Sabahan will against it.
Pekara ini sekadar cadangan, belum tentu akan jadi.
Cadangan ini harus dipertimbangkan dengan teliti. Jika rakyat Sabah membantah, biarlah cadangan ini dikuburkan.
Idris Jala has made a clear talk on this.So stop.
Catat Ulasan