Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 10 Oktober 2010

PAS kini sudah ada tentera Muslimah

http://4.bp.blogspot.com/_S0RxRnE5fGU/Se8L35Qb5uI/AAAAAAAAICg/vhjYeB6YNDk/s1600/pas-muslimah.jpg

Jika Muslimin terkenal dengan UNIT AMAL nya.. kini Muslimat mara bergerak setapak kehadapan dengan tercetusnya 'BRIGET MUSLIMAT'.. wadah penggerak srikandi muda di medan perjuangan. Dilancarkan pada 9 Okt 2010 jam 5 petang bertempat di Dewan Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Majlis perasmian disempurnakan oleh Presiden, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Bin Awang.

Kehebatan peserta Briget Muslimat yang hadir sehebat namanya. Namun, keanggunan dan kebijaksanaan tetap disemat dijiwa setiap briget. Hampir 300 peserta dari seluruh Malaysia termasuk dari Borneo hadir bagi menunjukkan sokongan yang tidak berbelah kepada Pelancaran Briget Muslimat ini.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut, Ketua Muslimat, ustazah Nuridah, dan Pengarah Nisa' Malaysia, Dr Rosni.

Liputan yang meluas turut diberikan oleh para wartawan dari akhbar-akhbar ternama di Malaysia. Penjelasan yang diberikan oleh Tuan Guru Hj Hadi jelas memberikan gambaran yang jelas serta kefahaman kepada semua yang hadir tentang tujuan sebenar penubuhan Briget Muslimat.

Dengan mengambil warna tema Hijau Muda, semua muslimat muda berumur 21 tahun ke atas yang sememangnya memberikan sokongan padu kepada gerakan Islam boleh menyertai Briget Muslimat.

Program penerangan susulan di setiap negeri akan dijalankan bagi memberikan lebih kefahaman kepada masyarakat.

Nisa' Batu Gajah yang turut menyertai rombongan Nisa' Perak turut memberikan sokongan atas Penubuhan Briget Muslimat ini. Semoga dengan penubuhan Briget Muslimat ini, sokongan padu dari golongan muda muslimat dapat diraih seterusnya memberi kemenangan kepada Islam.

Wasalam.

2 ulasan:

nun manjung berkata...

Ada aku kisah

K.A.M.I..... berkata...

nun Manjung...takut lh tuh....huhuhu