Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 28 Oktober 2010

TG Nik Aziz: Penolakan PAS terhadap perpaduan dengan Umno ada asas

KOTA BAHARU, 28 Okt – Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan dasar parti itu untuk menerima dan menolak untuk bersatu dengan Umno dan sekali gus berbaik-baik dengan bukan Islam mempunyai asas yang kukuh.
Menteri Besar Kelantan itu (gambar) berkata, PAS menyertai Barisan Nasional (BN) sekitar tahun 70-an itu atas jemputan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein dan bukan PAS yang mahu menyertai gabungan itu.
“PAS tidak pernah meminta untuk bersatu dengan Umno apabila menyertai BN ketika itu... malah ketika ‘ditendang’ dari BN, kita tidak diajak untuk berbaik-baik semula sehinggalah selePAS pilihan raya umum ke-12 lalu,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.
Nik Aziz berkata, PAS pernah berbaik-baik dengan Majlis Perundingan Cina (CCC) selePAS Umno tidak menjemput PAS semula menyertai gabungan itu.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas PAS kerana dikatakan terus mengeluarkan ‘fatwa’ sesuka hati berhubung kerjasama UMNO dengan MCA dalam BN.
Dalam kenyataannya di Gua Musang semalam, Timbalan Presiden Umno itu dilaporkan berkata, PAS menganggap kerjasama Umno dengan MCA adalah salah tetapi pada masa sama ‘menghalalkan’ kerjasama PAS dengan DAP.
Ini membuktikan pemimpin PAS suka membuat ‘fatwa’ sesuka hati mengikut kepentingan politik mereka, katanya.
Menurut Nik Aziz, tindakan PAS menyertai BN sebelum ini menimbulkan perpecahan di kalangan PAS di mana wujud empat kumpulan di kalangan penyokong parti itu, termasuk Islah, Hamim dan Berjasa.
Katanya, selePAS itu PAS ditendang keluar daripada parti gabungan BN itu sehingga bekas Presidennya, Datuk Asri Muda dilucutkan daripada Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah.
Beliau juga berkata, PAS mempunyai asas yang kukuh untuk bersekongkol dengan DAP dan pernah keluar dari gabungan itu bila DAP gagal menerima perjuangan PAS sehinggalah mereka kembali semula selePAS memahami konsep perjuangan PAS. – Bernama

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas perintah Kelantan bermula pada tahun 1990. Pada tahun 1995 mereka mengswastakan perkhidmatan air di Kelantan. Mereka menubuhkan Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) yang mana syarikat usahasama Thames Water dari Britain dan Yakin (anak syarikat PKINK). Thames Water memegang 70 % saham dalam KWSB, manakala Yakin 30 %. Lihat di sini

Setelah beberapa tahun diswastakan, keadaan tetap sama. Tiada perubahan, rakyat tetap menghadapi masalah mendapat bekalan air. Kenapa ? sudah diswastakan pun masih tak berubah. Ini kerana wujudnya masalah antara kerajaan negeri dan Thames Water.

Perjanjian itu lebih berat dan menguntungkan Thames Water termasuklah untuk menaikkan tarif air. Itulah yang menyebabkan Kerajaan Kelantan tidak bersetuju.

Inilah contoh kecerdikan Pas yang saya nak beritahu. Mereka sudah tandatangan perjanjian, selepas itu baru mereka sedar yang perjanjian itu berat sebelah. Kalau sudah tahu berat sebelah janganlah tandatangan dulu. Perinci dulu setiap patah perkataan dalam perjanjian tersebut sebelum tandatangan. Selepas tandatangan baru dia sedar yang dia kena tipu. Cerdik kan ?

Jika tidak silap saya pada masa itu Nik Aziz berkata dia menandatangan perjanjian tersebut dengan tidak membaca terlebih dahulu isi kandungan perjanjian itu. Katanya ketika itu dia baru selesai makan nasi, kemudian ada orang hulur dokumen untuk tandatangan, maka dia terus saja tenyeh dokumen itu tanpa meneliti isi kandungannya.

Selepas itu baru dia sedar yang dokumen itu berat berat sebelah. Nasi sudah menjadi bubur, jika dia nak batalkan perjanjian itu maka Kerajaan Kelantan perlu membeli saham Thames Water 70 % dengan nilai RM 50 juta.
Cerita sepenuhnya di RBF sini. Yang bawa Thames ke Kelantan ialah Husam. Cerdik betul 1Husam: Rakyat ditindas, Gondol Bukit Diutamakan ... itu risalah yang kami terjumpa di Galas. Hehehe ...

Tanpa Nama berkata...

Sejak Muktamar PAS diIpoh kemudian diShah Alam dan baru-baru ni diPutik,Kelantan - TGNA memang konsisten,tidak mau bekerjasama mahu pun bermuzakarah dengan UMNO.Pengalaman getir yang TGNA alami menghadapi UMNO,selama memerintah Kelantan 20 tahun dan pengalaman PAS ditendang keluar oleh UMNO dizaman Dato Asri,sudah cukup bagi TGNA ,mengenal UMNO.Cuma pemimpin PAS seperti Hadi Awang,Mustafa Ali,Nasaruddin Mat Isa,Hassan Ali,Harun Din dan Abu Bakar Chik sahaja yang belum kenal UMNO dan masih tergila-gila nak tidur sebantal dengan UMNO.Mengapa agaknya? Tanyalah mereka.