Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 6 Oktober 2010

Pas sedia pilih Orang Asli calon di Galas jika sesuai

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguZT4KhlIJblyV1Z9ospqxvfHqU5Rvoholq06YphGcSmC84huWjfP4g5uCjZI6X7qKACX-2dBx5Go00rmH3-Z33xWfieiwWDpwF33O1_hg00aIi3PNQBkKLNgAMeycqAfUxswHEXSACVY/s400/bendera-pas-300x208.jpg

KOTA BAHARU - Pas sedia memilih calon daripada kalangan Orang Asli untuk bertanding dalam pilihan raya termasuk pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini, kata Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa.

Katanya, ini tidak mustahil jika ada calon yang sesuai dan setelah diambil kira komitmen masyarakat Orang Asli terhadap Pas.

"Kita tidak menolak kemungkinan boleh memilih masyarakat Orang Asli sebagai calon, memandangkan mereka sudah mula menunjukkan minat dalam politik dan sikap mereka yang mula menerima arus pembangunan sebagaimana masyarakat moden," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan ketua masyarakat Orang Asli dari Galas, Pandak a/l Panjang Ey bahawa pihaknya mempunyai jentera gerak gempur parti sendiri untuk membantu kempen pilihan raya itu dan tidak mahu parti politik mengganggu dan masuk berkempen di kawasan penempatan Orang Asli.


Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS pada 27 September lalu.

Husam berkata, sikap terbuka Pas menerima calon dari semua pihak dalam menghadapi pilihan raya selaras dengan dasar parti itu untuk semua.SH

Tiada ulasan: