Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 18 Oktober 2010

Najib Rasis !!! Rakyat tidak akan terpedaya


Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 18 Oktober :- “Saya nak tanya siapakah yang mempersoalkan 153 Peruntukan dalam Perlembagaan? Hak keistimewaan orang Melayu, siapa yang persoalkan?

Siapa yang wujudkan peristiwa tidak mendoakan Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah? Siapa yang mahu buka UiTM (kepada bukan Melayu)? Bukan UMNO tapi orang sebelah sana.” Najib dipetik sebagai berkata pada pelancaran Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan di kediaman rasminya di Seri Perdana di Putrajaya pada 16 Oktober baru-baru ini.

“Persoalan sebegini telah menzahirkan siapakah juara perkauman, jelas ia barbaur perkauman yang dicetuskan oleh Perdana Menteri sendiri,” kata ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Beliau merujuk ucapan perdana menteri tersebut bahawa ia sengaja diwujudkan dan menzahirkan beliaulah sebenarnya “orang kuat” PERKASA.

Menurut Drs. Khalil Perdana Menteri berlakon dan cuba memberitahu rakyat bahawa Umnolah pejuang bangsa dan agama yang tulen dengan menyalahkan Pakatan Rakyat telah mengkhianati peruntukan Perlembagaan Negara yang sedia ada iaitu Perkara 153, walhal Pakatan Rakyat
telah membuat resolusi bahawa kita akan sokong malah akan pertahankan Perlembagaan Negara termasuk Perkara 153,” katanya.

"UMNOlah penghianat kepada bangsa dan agama yang sebenarnya" jelas Drs. Khalil.

Drs. Khalil Idham Lim yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Perak,berkata “sebagaimana diketahui bahawa NGO tersebut amat sinonim sebagai pencetus sentimen perkauman yang ekstrim, tetapi tidak
dikritik oleh Najib selaku pelopor slogan “1 Malaysia” dan ini menggambarkan sikap sebenar Najib.

Sebelum ini pegawai Najib yang mengeluarkan ucapan yang mengguris hati orang Cina dan India iaitu Nasir Safar.

"Saya berharap rakyat tidak terpengaruh dengan lakonan baru dari Najib dan terus bertekad untuk menolak parti rasis UMNO demi menyelamatkan negara Malaysia yang kita cintai" Tegas Drs. Khalil.

Tiada ulasan: