Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 17 Oktober 2010

Wahai Mufti Perak..

oleh: Batu Gajah Mari

Nabi saw pernah bersabda :

إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله و رسوله فهجرته إلى الله و رسوله و من كانت هجرته لدنيا يصيبها او امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

Setiap tindakan bergantung kepada niat dan seseoarang itu diganjarkan berdasarkan apa yang ia niatkan . Barang siapa yang berhijrah [ melompat ] kerana Allah dan Rasulnya saw. maka ia akan mendapat Redha Allah swt dan Rasulnya saw. dan barangsiapa yang berhijrah [ melompat ] kerana memburu kepentingan duniawi atau kerana memburu perempuan yang ingin dikahwininya , maka hijrahnya itu hanya untuk apa yang ia hijrahkan . sementara Allah swt berlepas tangan daripada dirinya .


Hukum Melompat Parti: oleh Ustaz Azhar Idrus



Harussani kata tak salah.. Takkan seorang tokoh agama pon tak tahu.. masyaallah.. bebudak pun dapat fikir.. kenapa tokoh agama berpangkat mufti pun kata tak salah??
Fikir- fikirkan..


petikan dari Sinar Harian

Harussani kata tak Salah


http://2.bp.blogspot.com/_8o725KPKm3k/SkQ3RV5ShHI/AAAAAAAAAgg/BjTHGo1HxfA/s320/harussani_zambry.jpg

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli Parlimen yang bertindak lompat parti dianggap tidak bersalah selagi mereka tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat kepada parti yang diwakilinya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata demikian dalam sepucuk surat maklum balas yang diserahkan kepada Pengerusi Majlis Tindakan India Muslim Malaysia (MTIMM), Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim bertarikh 4 Jun tahun lalu.

Surat itu didedahkan pada muzakarah terbuka berhubung ahli dewan undangan negeri (ADUN) keluar parti dan mengisytiharkan sebagai bebas – pecah amanah pengundi? Dari perspektif Islam yang diadakan di sini, semalam.

Harussani berkata, tujuan utama rakyat memilih wakil rakyat adalah supaya hak dan kebajikan serta permasalahan mereka diperjuangkan dan diselesaikan.

Justeru, beliau menegaskan tugas utama wakil rakyat adalah membela, membantu dan berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah rakyat manakala parti adalah platform baginya untuk memudahkannya melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya.

Katanya, apa juga tindakan wakil rakyat yang menyebabkan ia tidak melaksanakan tanggungjawab dan amanahnya sama ada menipu, merasuah, berbohong, pecah amanah adalah dianggap tidak menjalankan tanggungjawab dan berlaku khianat.

Tiada ulasan: