Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 15 Oktober 2010

Kantong Kering, Umno-BN Terpaksa Naik Harga Rokok Diluar Bajet

Oleh Fazli Othman azan15SHAH ALAM 15 Okt - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail meminta kerajaan Umno-Barisan Nasional mengharamkan rokok dijual daripada terus menaikkan harganya yang ternyata membebankan rakyat khususnya di kalangan yang berpendapatan rendah.

Katanya, cadangan untuk menaikkan harga rokok memang bagus tetapi apa yang memusykilkan adalah kenaikan itu dilakukan di luar waktu bajet dan ini merupakan luar daripada kebiasaan.

"Biasanya , ia akan dibincangkan di peringkat Kabinet dan akan dibentangkan di Parlimen, tidak kiralah apa barangan pun tapi ini merupakan kenaikkan harga barang.

"Kalau betul tidak mahu, baik haramkan sahaja. Ini tidak, kerajaan juga yang kutip cukai hasil daripada penjualan rokok.

"Kalau betul hendak haramkan, buat sahaja pengisytiharan. Dalam kes ini bukannya tentang kerajaan tidak mahu menggalakkan rakyat merokok tapi pasal nak kutip cukai. Ini menunjukkan kerajaan mahu pendapatan lebih daripada hasil tersebut," komen Azan kepada Suara Keadilan.

Berhubung isu judi yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Pulau Pinang, Datuk Reezal Merican Naina Merican, Azan berkata beliau amat berterima kasih kerana menyedarkan rakyat tentangnya.

"Kerajaan Persekutuan tanpa hasil judi sebenarnya tidak ada duit yang secara tradisi dibayar oleh tauke judi. Baguslah isu ini di bawa oleh Umno, rupa-rupanya yang amat bergantung kepada hasil judi adalah mereka sendiri.

"Agenda beliau adalah membantu Pakatan Rakyat yang akhirnya membawa kesedaran kepada rakyat," ujar beliau.

Katanya lagi, beliau akan membangkitkan isu hasil perjudian semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan bajet nanti.

"Isu ini akan membawa Umno tersungkur dalam Pilihan Raya Kecil DUN Galas sehinggalah Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," tambah Azan.

Tiada ulasan: