Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 13 Oktober 2010

Apa pula BN nak janji di Galas?

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/07/06/Abdul%20Fatah%20Harun.jpg

KOTA BHARU - Pas Kelantan tidak percaya dengan janji Kerajaan Pusat tidak akan berbelanja banyak untuk projek mi segera dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas kali ini.

Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas negeri, Abdul Fatah Haron berkata, mungkin Barisan Nasional sudah serik kerana banyak projek segera yang dicanang-canangkan selama ini tidak berkesan untuk memenangi hati rakyat.

“Saya tidak percaya kenyataan itu kerana yang untungnya ahli-ahli UMNO itu sendiri dan bukannya rakyat setiap kali wujudnya projek-projek segera.

“Ahli-ahli UMNO akan sentiasa menunggu untuk mendapatkan keuntungan hasil daripada projek-projek segera yang bakal dilaksanakan Kerajaan Pusat setiap kali pilihan raya berlaku,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ahli Dewan Undangan Bukit Tuku itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai Kerajaan Pusat tidak akan menjanjikan projek segera dalam kempen di Galas berikutan ia tidak memberi kesan kepada rakyat.

Menurutnya, pihaknya berpendapat projek-projek segera yang selama ini dijanjikan UMNO tidak berkesan untuk menawan hati rakyat berikutan tiada perancangan teliti dibuat.

Katanya, rakyat tidak mendapat manfaat daripadanya berbanding ahli UMNO sendiri sehingga mereka sudah jemu dengan janji-janji pelbagai jenis projek segera setiap kali ada pilihan raya.

Isnin lalu, Mustapa dilaporkan berkata, empat projek yang dijanjikan pada Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai tahun lalu dilaksanakan cuma ada yang terlewat berikutan masalah teknikal.

Antara projek itu yang sedang dilaksanakan termasuk pembaikan rumah rakyat miskin membabitkan kos RM1.5 juta, pembinaan jambatan Manek Urai (RM8 juta), Gelanggang Sukan di Kampung Manjor (RM300,000) dan Masjid Temalir RM600,000.

Tiada ulasan: