Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 17 Oktober 2010

Selangor kekal kubu kuat Pakatan Rakyat


khalid bm PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa tujuan beliau menarik diri dari pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR ialah untuk memastikan negeri itu kekal sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, dengan komitmen berterusan melalui agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, kita yakin menyasarkan kemenangan dua pertiga pada pilihan raya umum akan datang.

"Negeri Selangor adalah contoh bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang bakal dipimpin oleh Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, memandangkan pilihan raya semakin hampir, tugas pertama beliau adalah untuk menjadikan kerajaan Pakatan Rakyat sebagai contoh kerajaan yang dinamik, berprinsip dan berpaksikan
kebajikan rakyat, di peringkat negeri mahu pun persekutuan. Ujar beliau, "satu lagi faktor terhadap keputusan saya untuk tidak bertanding jawatan itu adalah untuk memfokus besar terhadap Lembah Klang dalam belanjawan yang baru diumumkan.
"Projek “Greater Kuala Lumpur” melibatkan projek berbilion-bilion ringgit, dan kerajaan Selangor mesti memainkan peranan yang besar dalam memastikan projek-projek ini dikendalikan dengan cekap dan telus," terangnya.
Khalid berkata, "saya cukup yakin dengan kebolehan setiap calon yang telah menerima pencalonan untuk bertanding dalam pemilihan PKR, dan mengalu-alukan potensi mereka untuk menyegarkan semangat Reformasi dalam parti.
"Pada masa yang sama, kerajaan negeri Selangor terus fokus terhadap menyempurnakan agenda kerajaan berpaksikan rakyat," ujar beliau.
Beliau berharap semua calon akan mengamalkan kempen yang berasaskan budaya politik sihat yang wajar bagi bakal pemimpin negara.

Tiada ulasan: