Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 22 Oktober 2010

"PR akan pegang ‘kunci kemas’ dalam Perlembagaan"

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6zcRaiGgDV-wlHI7zAcUA42iirVk36cSM94euQJTTHPUWfCEaIlrGd-fzqbi1qMMnmmBbnK2WvlDLIvhj7WvcK9iz74XjQ1VksLZdQ3y9jzQHns1RCVgtC-YSB9JfFVfk0Hpk5tq-aQdZ/s400/mansuh+ISA+zalim.jpg

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs178.ash2/41816_104118139619387_2427_n.jpg

http://lucialai.org/UserFiles/Image/words%20logo%20button/Benar(2).jpg

SHAH ALAM- Undang-undang anti- demokratik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Penerbitan dan Percetakan (PPPA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) perlu dihapuskan segera bagi mewujudkan ruang demokrasi sebenar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan Rakyat (PR) bertanggungjawab membuka ruang-ruang baru bagi menyejahterakan dan mewujudkan demokrasi dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO telah membuat beberapa kenyataan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010, kelmarin. Kenyataan beliau yang paling penting pada hemat saya adalah pengakuan bahawa hak Melayu sudah ‘terkunci kemas’ di dalam Per�lembagaan.

“Beliau berkata, seandainya mana-mana pihak mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun tidak mampu mengubah hak Melayu tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja. Oleh itu, menjadi tanggungjawab PR memegang kunci itu bagi membuka ruang baru untuk rakyat,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, kunci itu juga menentukan bahawa undang-undang anti-demokratik tidak lagi diperlukan kerana hak Melayu telah dikunci kemas, melainkan undang-undang anti-demokratik itu digunakan bagi mengunci dan merantai rakyat untuk kepentingan UMNO.

“Kunci itu juga mendedahkan fitnah politik UMNO yang mengatakan bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO tidak benar sama sekali. Ini kerana kunci itu terletak di tangan Raja-Raja Melayu yang sebenarnya raja bagi semua rakyat.

“Fitnah politik UMNO ini hanya digunakan untuk menguntungkan golongan UMNO yang kecil dan memiskinkan rakyat jelata yang ramai seperti yang didedahkan oleh Ketua Pemuda UMNO sendiri di mana setelah 53 tahun Merdeka, 60 peratus orang Melayu luar bandar masih dilanda kemiskinan,” katanya.

Nurul Izzah berkata, saranan Presiden UMNO untuk terus mempertahankan Putrajaya sebaliknya menjadi panggilan keramat untuk rakyat membebaskan Putrajaya daripada UMNO. “Sudahlah dan cukuplah kerana telah tiba masanya semua raja dan rakyat memegang kunci ini, bukan UMNO yang menjadi pemfitnah dan berpura-pura memperjuangkan bangsa,” katanya.

Tiada ulasan: