Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 4 Februari 2010

TG Nik Aziz Mahu PAS-Umno Duduk Semeja Bincang Isu Agama

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIGQh3sL18itFrrSmTnVrIsJB1UNCyu3_Om65MQEgI56JTDOvkKnacXyAcil_17trZCBwW1GpcsmirSgvFecRioQY3e4q8mDh2ykmXhI_Rx9Ps2r6Mp-ME4l6PfKb1heB2VpXpYacebFs/s400/tg+nik+aziz.jpg

KOTA BAHARU: Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Umno dan PAS duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.

Menteri Besar Kelantan itu berkata pemimpin Umno perlu memikirkan mengenai pentingnya kedua-dua parti itu membincangkan isu-isu yang menyentuh agama kerana tiada faedahnya sekiranya kedua-dua parti mengamalkan pendekatan permusuhan politik.

Nik Abdul Aziz juga berkata tidak ada sebab langsung untuk kedua-dua parti itu bertengkar mengenai isu pembangunan.

"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara Umno dan PAS sudah lama. 5O tahun Umno bertengkar dengan PAS apa hasilnya, banyak masa habis. Parti itu banyak menggunakan masa, kepakaran dan kewangan untuk melawan gerakan Islam seperti PAS, apa hasilnya melainkan bertengkar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar kalimah Allah di sini, hari ini.

Seminar sehari yang diadakan di Pusat Tarbiah Islam (Putik) di sini dihadiri oleh Editor majalah Herald-The Catholic Weekly , Lawrence Adrewe dan wakil Buddha, Loo Choo Siang.

2 ulasan:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Susah juga nak melayan kata2 pemimpin PAS.

Agaknya PAS dah tersepit dengan isu pentadbiran di negeri2 yang diterajui barulah nak ambil kesempatan hendak berdamai kononnya.

Semua orang tahu keadaan PAS dan PR (tak berdaftar) sekarang ini.

Atas alasan telah lama UMNO dan PAS bergaduh, berlawan dan bertelagah sesama sendiri yang tidak menguntungkan sama sekali.

Salah siapa?

Jawapan Paeh PAStinya UMNO.

Dan Nik Aziz dalam hal inipun mengatakan "parti itu banyak menggunakan masa, kepakaran dan kewangan untuk melawan gerakan Islam seperti PAS, apa hasilnya melainkan bertengkar".

Jawapan Paeh sama dengan Nik Aziz.

Saya pasti Paehpun pening dan keliru tapi tidak UMNO, PKR dan DAP.

UMNO boleh layan ajakan hangat tahi ayam PAS. PKR dengan mata sebelah mengenyit dan DAP pula bertanya bilalah aku boleh pergi dengan PAS ke bulan dengan roketnya.

Maknanya PKR hanya tunggu dan lihat manakala DAP ajak PAS menjauhi dan jangan dekat dengan UMNO, nanti DAP tak dapat apa2 dan keseorangan dalam mencari sokongan.

Apa yang sebenarnya di sebalik ajakan hangat tahi ayam PAS ini ialah masalah dalaman PR (tak berdaftar) dan pentadbiran negeri di bawah PR (tak berdaftar)sekarang ini.

Inilah negara kebajikan yang ditawarkan dalam manifesto PRU 12 yang lalu.

Mula2 ura2 negara Islam, lepas itu hukum hudud dan seterusnya negara kebajikan dan apa lagi selepas ini.

Negara Islam tak selesai di mana dokumennya tiada. Selepas itu perintah Kelantan, Kedah, Perak (singgah 11 bulan) dan Terengganu (sepenggal)hukum hudud entah ke mana dan terbaru negara kebajikan yang entah apa sebenarnya kebajikan itu hanya tinggal janji yang tidak dipenuhi.

Berapa kali lagi PAS nak berdamai dengan UMNO.

Berapa banyak lagi syarat2 yang dikenakan kepada UMNO dan berapa orang pemimpin PAS yang akan kena EGM nanti.

Tunggulah wahai Paeh.

Saya tahu Paeh rasa susah nak komen entri saya ini.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Dah tua tua begitu baru nak belajar main politik kot.

Agaknya saja sebut untuk sejukkan perbicaraan kamcing kuat dia si Anwar.

Tak la orang anti PAS atau anti PR balun terus.

Hari tu... marah sangat sampai dalam parti pasal nak berbincang dgn UMNO.

Ingat semula apa N.ajis pernah cakap pasal UMNO.

N.ajis ni kena hantar pulok belajar politik lagi...

Suka juga aku kalau ada parti pembangkang yang sihat. Rakyat terbela. Kerajaan dapat di semak.

Tapi... dengan citarasa ala ala kedunguan di sana sini... macam orang baru baru nak experiment politik... tak nak aku di ketuai oleh orang dungu.

Balik balik issue politik... bukan issue rakyat... bukan kata pasal ugama orang nak pangkah tapi apa yang kamu boleh buat untuk rakyat?

Sementara nak selamat masuk shurga tu (kalau dapat la.. kalau tak satu lagi la).. kena gak makan minum sebelum mati...

Islam ya islam tapi itu bukan hak sesuatu puak. Tidak juga Arab