Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 27 Februari 2010

Anwar, Abdul Hadi berpotensi jadi PM




KUALA TERENGGANU – Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Dungun, Azman Shapawi Abdul Rani menyifatkan orang Melayu lebih sesuai menjadi Perdana Menteri dalam konteks negara buat masa ini.

Beliau yang tidak bermaksud mempertikai kebolehan mana-mana pihak terutama cadangan supaya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri berkata, keadaan itu berdasarkan kepada beberapa faktor yang lebih memihak kepada orang Melayu.

Beliau berkata, antaranya kerana jawatan Perdana Menteri adalah dipilih dalam kalangan pemimpin parti yang mempunyai kemenangan majoriti selain pelantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi, cadangan Guan Eng untuk menjadi Perdana Menteri tidak sesuai dalam konteks negara buat masa ini, mesti orang Melayu tetapi saya tidak ingin menamakan sesiapa,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Azman Shapawi pada masa yang sama tidak menafikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai potensi menjadi Perdana Menteri, tetapi tidak menolak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut berpeluang berdasar kepada pengalaman luas dalam bidang politik.

Menurut Azman Shapawi, beliau meminta mana-mana pihak agar tidak perlu berbincang secara serius berhubung siapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang layak menjadi Perdana Menteri kelak.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat sebaliknya berkata, perkara utama adalah tumpuan dan usaha untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, semua pihak ketika ini perlu memperkemas jentera parti selain melakukan beberapa pendedahan dalam usaha mencapai matlamat tersebut.

“Tidak perlu fokus siapa pemimpin PR yang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi sekarang ialah usaha ke arah menumbangkan BN. Apabila hampir kepada pilihan raya, barulah diberi gambaran awal siapa yang perlu jadi Perdana Menteri.

“Buat masa ini, PR banyak kerja lain untuk memastikan matlamat tercapai, tidak perlu serius sangat mengenai perkara itu, tetapi kalau mahu dibincangkan di kedai kopi, kita tidak dapat mengawal,” katanya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hadi bawang sory nak jadi PM

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Azman ini kenalkah Anwar? Saya tahu Hadi itu bos PAS tapi dikenakan oleh Nik Aziz dalam isu kerajaan perpaduan.

Boleh dikatakan dalam PR seorang pun tak layak jadi PM. Jauh panggang dari api neraka kalau Hadi nak jadi PM.

Terengganu di bawah pimpinannya pun jadi gelanggang bola kena sepak ke sana ke mari. Negeri Islam haru-biru dan boleh disenaraikan apa yang telah dilakukan oleh Hadi semasa jadi MB Terengganu.

Rasa nak tergelak kalau Anwar dikatakan layak jadi PM.

Kalau tidak buat apa pecat dia dulu.

Azman tahu apa dia buat dan kesnya sedang berjalan.

Adakah Azman layak jadi PM? Kalau rasa dirinya tak layak, pemimpin awak itu juga tak layak.

Sekian.