Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 18 Februari 2010

Satu Malaysia atau Sapu Malaysia ???



diedit oleh paeh Batu Gajah Mari

1 ulasan:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Gambar di atas merupakan satu penghinaan kepada negara sendiri.

Blog pro PAS telah lama menunjukkan cara politik melampau demi untuk mencapai matlamat perjuangan sehingga sanggup berbuat sesuatu yang tidak berfaedah.

Membuat propaganda dan politik berdasarkan persepsi yang melebihi had menunjukkan blog pro PAS ini lebih kepada budaya barat malah melebihi demokrasi barat.

Apa tidaknya orang barat apabila berpolitik hanya dalam tempoh masa tertentu seperti pilihanraya, tidak menghina negara sendiri, memboikot ekonomi dan lain2 yang tiada kaitan dengan urusan politik dan pentadbiran negara. Budaya politik sesetengah negara barat lebih baik dari kita.

Mereka tidak berpolitik dengan melakukan propaganda sepanjang masa. Isu yang tiada kaitannya dengan politik tidak akan dipolitikkan tapi berlainan sekali yang dilakukan oleh blog pro PAS.

Malah hal peribadi individu seperti kes Anwar dibawa ke arena politik yang sepatutnya diselesaikan sendiri oleh Anwar. Orang luar negara juga diheret sama untuk mempertahankannya.

Segala2nya hendak dijadikan umpan termasuk agama Islam untuk mendapatkan kuasa.

Perkara inilah selalu menjadi teguran kepada pemimpin dan penyokong pembangkang tetapi disambut dengan perangai kaduk naik junjung.

Berpolitik secara melampau tidak pernah menguntungkan sesiapa termasuk pembangkang. Mengheret semua isu untuk dijadikan modal politik sangat merugikan.

Tindakan blog pro PAS di Perak yang mengamalkan politik propaganda seperti menghina negeri dan negara sendiri dengan menggelar Perak DARUL KARTUN dan Sapu Malaysia merupakan satu penghinaan yang dahsyat yang melampaui budaya politik Islam.

Betapa kejamnya budaya politik yang menyamai haiwan berpolitik.

Namun saya percaya teguran ini seperti mencurah air di daun keladi, ianya tetap terjadi, mereka tidak akan tahu siapa yang akan rugi.

Sekian.