Ipoh, 6 Feb: Pakatan Rakyat Perak hari ini memperingati peristiwa 1 Tahun Rampasan Kuasa Perak oleh Umno-BN dengan mengadakan XPDC Jelajah Daerah : Pemimpin Bersama Rakyat ke seluruh negeri Perak. Sebanyak 2 buah bas yang membawa rombongan para pemimpin dan ADUN PAS, DAP dan PKR menuju ke Utara dan Selatan Negeri Perak.
Para pemimpin Pakatan Rakyat yang terdiri daripada YB Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Abu Bakar Hussain Pesuruhjaya PAS Perak, YB Dato Ngeh Koo Ham selaku Pengerusi DAP Perak, Sdr. Mustafa Kamil Ayub Pengerusi PKR Perak, YB V. Sivakumar ADUN Tronoh, YB Chang Lih Kang ADUN Teja dan ramai lagi mula berkumpul di Pokok Demokrasi seawal jam 8.00 pagi tadi. Mereka kemudiannya menaiki 2 buah bas yang masing-masing menuju ke utara dan selatan Negeri Perak. Rombongan yang pertama yang diketuai oleh Dato Seri Nizar akan menuju ke Parit Buntar manakala rombongan kedua yang terdiri dari Sdr. Mustafa Kamil Ayub bersama-sama Ust. Abu Bakar dan Dato Ngeh menuju ke arah selatan iaitu Teluk Intan. Turut bersama dalam rombongan mereka ini ialah para bloggers dan media tempatan.
Di sepanjang perjalanan ini mereka akan berhenti di beberapa tempat bagi bertemu dan bermesra dengan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan