Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 13 Februari 2010

Jangan Tuduh Presiden PAS Dengan Melulu Tanpa Usul Periksa - Ustaz Misbahul Munir

daripada Ustaz Misbahul Munir

Saya segera menghubungi Setpol Presiden, Dr Shamsuri terhadap satu dakwaan kurang adab beberapa blog dan website berhubung kelewatan Datuk Presiden menghadiri program dialog di Shah Alam. Yang dikesalkan blog orang PAS. Tuduhan terhadap Presiden sangat melulu, biadab, kurang ajar dan berniat jahat tanpa usul periksa. Beginikah sikap ahli PAS yang konon sayang pada pimpinan PAS. Kalau nak komen pula, gunalah bahasa yang agak cermat.

Setpol Presiden menjawab, kelewatan disebabkan program di Terengganu yang Presiden terpaksa tunggu sehingga program tamat. Fligt jam 4.00 petang dari Kuala Terengganu pula tidak sempat. Fligt berikutnya jam 9.30 malam, dijangka sampai ke KLIA jam 10.10 malam. Setpol segera menghubungi penganjur, Presiden sampai lewat, dijangka dari KLIA boleh sampai ke Shah Alam jam 11.00 malam lebih kurang, sanggup ke orang ramai menunggu, sebab dah lewat, kalau tak sanggup menunggu, Presiden bersedia bagi cadangan tarikh lain yang terdekat untuk berdialog dengan ahli PAS Shah Alam berhubung isu tindakan tatatertib ke atas YB Khalid Samad.

Penganjur bersedia menunggu sekalipun lewat. Berlaku pula salah faham antara petugas Unit Amal yang menunggu Datuk Presiden. Petugas Unit Amal menunggu di Tol Subang, kenderaan Presiden pula menunggu di tol yang lain. Salah faham tempat menunggu pun mengambil masa hampir setengah jam.

Akhirnya Tok Guru sampai juga ke tempat program kira-kira jam 11.30 malam. Perkara ini memang sangat dikesalkan oleh penganjur sendiri di atas salah faham tempat menunggu. Orang ramai sebelum itu faham, Presiden akan sampai lewat di atas faktor yang disebutkan tadi, namun mereka bersedia menunggu. Kalau tepat jam 11.00 malam sampai ke tempat program, 1 jam berdialog juga sudah memadai. Tetapi salah faham penganjur dan petugas menyebabkan kehadiran Presiden lebih lewat dari yang dijangkakan.

Sewaktu saya sebagai Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat dan juga sebagai Ketua Penerangan PAS Perak, banyak sekali program anjuran lajnah yang melibatkan Presiden. Tidak ada satu program yang melibatkan Presiden, beliau datang lewat sehingga merosakkan perjalanan program.

Tuduhan terhadap Datuk Presiden dengan sangkaan yang begitu rupa merupakan satu fitnah jahat yang hanya menguntungkan UMNO BN dan musuh-musuh PAS yang lain. Kita diajar dalam al quran supaya mendapatkan maklumat dari sumber yang sebenar sebelum kita mengulas apa sahaja isu. Kalau kita sayang pada Presiden bukan macam itu caranya kita menegurnya, ahli PAS berhak tegur dengan apa cara sekalipun, boleh guna blog, sebab itu juga satu cara untuk menegur.

Tetapi sebelum menegur, cari sumber dulu mengapa Presiden lewat, kalau lewat kerana takut berdepan dengan ahli PAS, saya fikir lebih baik Setpol cari alasan lain yang agak munasabah supaya Datuk Presiden terus tidak hadir ke program tersebut, seperti adik Presiden sedang sakit tenat, orang ramai mungkin lebih menerima alasan ini. Dan malam tadi saya pula dapat mesej adik Presiden telah meninggal dunia. Jadi orang ramai akan lebih bersimpati dengan Presiden.

Kesanggupan Presiden turun juga ke Shah Alam walaupun lewat sepatutnya dihargai. Beribu alasan lain boleh diberi oleh pegawainya untuk tidak terus hadir ke program tersebut kalau semata-mata takut berdepan dengan ahli-ahli PAS sendiri.

2 ulasan:

sb dehlawi berkata...

klau nak tegur ahli jgn kata tak beradab, kurang ajar... macamni perngai seorang ustaz? tambahan pula sebagai ahli pas?

Tanpa Nama berkata...

itu lah ..berprasangka baik lah sesama jemaah..tambah2 pulak pemimpin tertinggi