9 Februari adalah tarikh hari kelahiran teman. Tarikh ini juga adalah hari penentuan siapa MB Perak yang sah. tarikh ini amat istimewa buat teman. Adakah teman dapat menyambut hari kelahiran teman dengan kegembiraan( kemenangan DS Nizar)? insyaallah..
sama- sama kita nantikan..
Rakyat negara ini amnya dan negeri Perak khususnya menanti keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan mengumumkan keputusannya pada 9 Februari iaitu esok sama ada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal dalam jawatan itu atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat kembali jawatannya. Keputusan itu amat ditunggu-tunggu kerana ia akan menentukan sama ada Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negeri itu atau kembali kepada pemerintahan Pakatan Rakyat. Panel lima hakim yang bersidang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.
Setahun sudah isu rampasan kuasa di Perak berlalu maka selasa ini akan diketahui siapa yang akan menerajui Perak. Rata rata seluruh rakyat Malaysia sudah menjangkakan Zambry akan memenangi pertelingkahan jawatan Menteri Besar Perak, walaupun hakikatnya semua sedia maklum rakyat telah memilih Pakatan Rakyat memerintah Perak namun dengan sepantas kilat Umno menafikan kehendak rakyat Perak.
Walaupun Dato' Seri Ir Nizar dinafikan oleh Umno tapi rakyat harus ingat sokongan padu pada Ir Nizar berterusan pabila beliau memenangi Pilihanraya Kecil Bukit Gantang. Lagi hebat ditekan lagi hebat sokongan rakyat diberikan pada perjuangan Pakatan Rakyat.
Seandainya selasa ini mahkamah mengadili dan menentukan Zambry sebagai Menteri Besar Perak adakah rakyat juga akan mengadili Umno akan terus memerintah Perak bila tibanya pilihanraya umum ke 13 nanti.
Aku percaya begitu banyak isu semasa politik yang menimbulkan kebencian rakyat pada umno seperti isu royalti minyak Kelantan, kes liwat Dato Seri anwar Ibrahim, isu MB Perak dan lain lain lagi isu semasa yang membuak hati perasaan rakyat membenci Umno walaupun menteri menteri umno mengatakan rakyat masih sokong BN di saluran berita nasional.
Dimedia massa Umno boleh berbohong tapi dilaman-laman di internet umno hanya mampu menangkis tapi tidak mampu menyekat.
Bercakap benar dicantas, berbohong dijulang.Dalam Umno menipu dapat lebih, bercakap benar makan ala kadar.
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar
-
Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala
Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam
bertempat d...
8 tahun yang lalu
3 ulasan:
Happy Birthday Yop!!,
Teman doakan agar komer panjang umo dan Allah ampunkan dosa2 mike sesama manusia selama ni.Amin!
Teman juga doakan agar kebenaran memihak kpd yg haq esok.Dan semoga nasib orang Melayu di negeri teman ni terus terbela dan dipelihara dpd di exploitasi oleh manusia bertopeng yg mahu memperkudakan bangsa teman utk kepentingan chauvinist mereka.Amin.
nizar mb haram
zambry mb sah
Wahai Paeh,
Tajuk artikel ini memang sesuai untuk Paeh.
Selamat Hari Jadi. 7X
Paeh bertanya, adakah teman dapat menyambut hari kelahiran teman dengan kegembiraan( kemenangan DS Nizar)?
Paeh jawab sendiri, InsyaAllah.
Sayang seribu kali sayang Allah tidak mengizinkannya walaupun doa, sembahyang hajat, ceramah, ekspedisi seluruh Perak dan lain2 lagi.
Sekarang MB Yang Sah dan MB Haram dalam blog ini dan blog pro PAS patut ditukar serta-merta KALAU TIDAK MAHU DIKATAKAN MENOLAK KEBENARAN DAN PENIPU.
Apalah gunanya berjuang demi Islam tapi....menipu, berbohong, mencaci, mencela, mengutuk dan menghina orang lain yang tidak sehaluan dengannya dalam politik.
Malangnya, bila di masjid dan surau menceritakan hal ibadat dan keimanan tapi dalam politik yang buruk jadi perbuatan dan percakapan.
Di sinilah letaknya orang sudah mahu lari dari PAS dan kawannya, SYAITAN.
Selamat Hari Jadi. 7X
Semoga panjang umur sebelum dijanjikan syurga kerana menyokong dan mengundi PAS.
Sekian.
Catat Ulasan