Ramai yang terkejut dengan penampilan terbaru Saiful Bukhari Azlan di mahkamah siang tadi. Malah tidak kurang juga yang terpegun melihat kelibat anak muda itu di kaca TV. Wajah Saiful dikatakan tenang dan bersahaja seolah-olah beliau tidak langsung rasa bersalah membuat pengakuan dirinya diliwat oleh Anwar. Malah turut kelihatan ada lekuk hitam di dahinya apakah Saiful sengaja membuat lekuk itu atau sebaliknya.
Ramai juga yang terkeliru dengan hal ini, tambahan pula lekuk hitam didahi Saiful itu mirip seorang alim ulamak yang senantiasa beribadat kepada Allah siang dan malam. Apakah Saiful sudah insaf dan memperhambakan diri kepada Allah agaknya. Inilah yang menjadi kemusykilan ramai pihak terutamanya mereka yang arif tentang situasi ini. Jika ditanya kepada mana-mana pihak, sudah pasti mereka akan terpengaruh dan mengatakan Saiful memang berkata benar dalam hal liwat itu. Maka itulah, cahaya keimanan timbul pada dahinya.
Soalnya sekarang, apakah benar itu cahaya iman atau sengaja dibuat-buat oleh Saiful untuk menarik simpati umat Islam di negara ini. Tambahan pula, di dalam blog peribadinya selama ini Saiful tidak henti-henti merayu umat Islam mendoakan dirinya. beliau mahu kebenaran itu terpancar jua akhirnya. Beliau mahu seluruh dunia menerima bahawa dirinya adalah mangsa kebuasan nafsu Anwar Ibrahim. Apakah kita boleh terpengaruh dengan imej baru Saiful ini agaknya?. Kami tidak mahu mengulas lanjut isu "lekuk pada dahi" Saiful, kerana ia perlu ditanya pada orang yang lebih tahu.
Cuma apa yang ingin diperjelaskan di sini ialah, jika pun benar Saiful sudah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan maka kenapa beliau sanggup bergelumang lagi dalam semua ini. Kita tidak wajar terus menyalahkan dirinya, tetapi cara dan kaedah kes liwat ini ditangani amatlah bercelaru dan mengelirukan. Banyak hak-hak Anwar sebagai tertuduh dinafikan malah tidak langsung diberi perhatian oleh mahkamah. Hingga ke saat ini, Anwar masih belum menerima satu pun salinan dokumen untuk pembelaan.
Maka itu, apakah adil perjalanan mahkamah yang sedang kita saksikan ini?. Saiful boleh mengaku dan mereka cerita apa sahaja, kerana beliau mendapat bantuan daripada pihak-pihak tertentu yang memang mahu memastikan Anwar "ke dalam". Maka itulah kita tidak terkejut bila beliau timbulkan isu Anwar cuba mengajak beliau melakukan seks luar tabie di mahkamah hari ini. Malah, berbagai lagi cerita panas akan dapat kita dengar dari sehari ke sehari sepanjang kes ini nanti. Semua skrip ini sudah dirancang dan disiapkan dengan baik untuk dihafal oleh Saiful. Nama-nama yang disebut dalam skrip juga sememangnya telah dirancang sedemikian rupa untuk membolehkan Anwar seolah-olah berada di pihak yang salah.
Namun, Saiful harus ingat bahawa perjalanan kes tersebut pada peringkat awalnya amatlah meragukan. Malah, keakraban beliau dengan Najib Razak, DSP Rodwan dan lain-lain individu yang sememangnya memusuhi Anwar amatlah mengejutkan kita sebenarnya. Malah, berlandaskan laporan perubatan hospital yang mengatakan beliau tidak diliwat itu sahaja sudah jelas untuk kita mengaitkan beliau dengan unsur penipuan dan fitnah terhadap Anwar. Apakah kita boleh menerima kata-kata yang diluahkan oleh seorang anak muda yang gagal menamatkan pengajiannya di Uniten itu.
Saiful sememangnya gembira dirinya popular, samalah ketika beliau memimpin mahasiswa di kampusnya dulu, tetapi beliau bukanlah manusia yang pintar dan boleh memikirkan apa yang berlaku esok hari. Lantaran itulah, beliau sanggup untuk bersekongkol dalam kes ini semata-mata untuk kejar populariti.
sumber : briged Al-Akhdor
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar
-
Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala
Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam
bertempat d...
8 tahun yang lalu
4 ulasan:
tunggu dan lihat kuasa Allah Yang Maha Besar, sama ada lekuknya pun bersalah, DSAI bersalah atau penulis tersalah.
Perkara 'spot' hitam pada sesetengah dahi orang islam ini setahu Bah ianya menandakan tidak pernah tinggalkan sembahyang atau terlalu banyak sembahyang.
Mengikut cerita sahabat Bah itu lagi, tanda hitam itu akan hanya timbul pada jangka waktu yang sangat lama, mungkin ber puluh2 tahun lamanya baru ada nampak kesan itu.
Kalau tak silap Bah, tidak lama dulu Bah ada tonton drama TV bab pemuda jahat yang berpura2 alim, dia cuma bubuh tanda hitam pada dahi nya. Ianya sungguh nanmpak 'real'.
oh, ada juga yang perasan pasal tanda hitam di dahi SayFOOL tu, saya ingat saya sorang je ^_^.
masyarakat Melayu percaya kalau ada tanda hitam didahi itu tandanya orang itu rajin sembahyang, althought there is nothing on it in Islam.
anyway, i will not be surprise jika itu makeup, nampak pelik semacam je. ni mesti nak tunjuk alimlah kononnya....uwekkkk......
setahu saya juga tanda kat dahi ni utk DAJJAL/ANTI_CRIST ada dalil dimana diDAHI DAJJAL ada tanda KEKAFIRAN yang boleh dilihat oleh orang yang beriman. see: http://www.didkedah.gov.my/jpskmsb/artikal/Dajjal%20Yakjuj%20&%20Makjuj.pdf
Pada teman yang tak tau menahu ni tak berani le teman nak nuduh si sepol tu buat sendiri ke atau memang betul dia rajin bersolat lepas tragedi hitam dalam hidup dia berlaku (seperti yg didakwa)Sebabnya teman tak berani nak nuduh sebab teman bukanya tahu si sepol ni buat aper hari hari. Rumah teman ngan rumah dia bukannye dekat yob sama ngan rumah miker-miker jugak. Entah-entah si yusuf qardawi pun asah batu panas kat dahi dier jugar kasi hitam...Sapa tahu kan? So takyah le kiter ni jatuh hukum sendiri, Allah Taala tahu..kan kan... Wallah hualam
Catat Ulasan