Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 1 Februari 2010

AMK gesa pimpinan fokus tawan Putrajaya

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menggesa semua pimpinan dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) seluruh negara agar fokus dan mempunyai ‘mind setting’ untuk membentuk kerajaan baharu Persekutuan dalam Pilihan raya Umum (PRU) Ke-13.

Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut berkata, seluruh kerangka kepimpinan dan anggota PKR perlu menumpukan usaha memperkasa parti di peringkat akar umbi serta mengelakkan pergeseran termasuk perbezaan pendapat secara terbuka.

Menurutnya, AMK Selangor menaruh harapan tinggi akan kebijaksanaan pimpinan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen untuk menggiatkan usaha ke arah pembentukan Kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Rakyat (PR) kelak.

“Hentikan segera percakaran sesama sendiri dan mulakan segera lembaran baru memperhebat gerak kerja menuju kemenangan membentuk Kerajaan Persekutuan serta menawan semua negeri.

“Kami harap segala usaha dan gerak kerja membela rakyat dipertingkatkan bagi memastikan agenda perubahan dan pembaharuan yang diperjuangkan selama ini menjadi realiti,” katanya melalui kenyataan media, semalam.

Katanya, PKR perlu mencari titik persefahaman antara ahli dan tidak mudah terpedaya dengan pujukan dan provokasi UMNO/BN yang bercita-cita menghancurkan kekuatan PKR dan Pakatan Rakyat secara senyap.

Menurutnya, keutamaan sekarang ialah kebijaksanaan politik apabila berhadapan dengan serangan bertali arus UMNO/BN yang kian terdesak menggunakan apa juga strategi dan taktik untuk ‘divide and rule’ di kalangan kelompok pendukung PKR serta menghancurkan gagasan baru membela rakyat oleh PKR termasuk PR.

“Kita mewakili generasi muda melihat suasana ekonomi, pendidikan, sosial, sistem keadilan dan keselamatan negara kian parah. Sokongan rakyat akan meningkat jika perbezaan pendapat diselesaikan dan menghormati prinsip ‘Adabul Ikhtilaf’,” katanya.

Tiada ulasan: