Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 1 Februari 2010

MB Selangor tidak halang pemimpin keluar parti

http://www.tvantara.com/v1/pic/section_mainnews/20090926164730_2202khalid10.jpg
BATU CAVES – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menghalang hasrat mana-mana pemimpin Parti Keadilan rakyat (PKR) yang tidak menunjukkan prestasi memuaskan untuk keluar dari parti itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka hadapan Sinar Harian semalam mengenai cubaan beberapa pihak memujuk pemimpin PKR menyertai UMNO.

“Kita berterima kasih sekiranya mereka (UMNO) sudi memujuk pemimpin kita yang menunjukkan prestasi seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham.

“Kerana dalam pilihan raya akan datang dia boleh bertanding bagi kerusi UMNO dan selepas itu dia boleh lompat kepada parti lain,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Dialog bersama Penduduk Bukit Botak di Dewan Seri Siantan bagi menyelesaikan masalah setinggan di kawasan itu, di sini, semalam.

Terdahulu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat usaha memikat beberapa Ahli Parlimen PKR dan menyertai UMNO menjelang Tahun Baru Cina ini.

Katanya, Ahli Parlimen itu termasuk Azan Ismail dari Indera Mahkota dan Yusmadi Yusof dari Balik Pulau didatangi pemimpin Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Jamaluddin Jarjis.

Azan yang juga bekas Timbalan Pengerusi 2 PKR Pahang, turut mengakui menerima panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dari seorang bekas Menteri Kabinet yang mengajaknya menyertai UMNO sejurus selepas beliau meletakkan jawatannya di dalam parti itu minggu lalu.

Tiada ulasan: