IPOH – Kenyataan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja layak menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang mendapat reaksi dari kepimpinan PR Perak.
Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain berkata, ia adalah pandangan peribadi dan dalam PR, apa saja yang ingin dilaksanakan perlulah dibawa ke Mesyuarat Majlis PR untuk dipertimbangkan serta bergantung kepada majlis bagi kelulusan.
Menurutnya, setakat ini kita masih belum menentukan siapa yang jadi ketua sepenuhnya sebab ia perlu dibincangkan ketiga-tiga parti.
“Dalam PKR kita ada Anwar, Pas pula Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan DAP calonnya Kit Siang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pula menyatakan memang PR sudah bersetuju Anwar sebagai Perdana Menteri jika PR menang dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Katanya, kami tidak ada masalah dari segi siapa yang jadi Perdana Menteri sebab kita sudah mempersetujui bersama sama ada PKR, Pas mahupun DAP, semuanya kita terima.
“Lagipun, DAP tidak kisah Perdana Menteri itu Melayu, Cina mahupun India yang penting beliau dapat berkhidmat untuk rakyat dan sentiasa berdamping menyelesaikan permasalahan dalam kalangan rakyat.
“Sebagaimana yang berlaku di Perak, jika pilihan raya umum berlaku dalam masa terdekat dan PR memenangi pilihan raya berkenaan, kami sudah bersetuju untuk memilih Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak,” katanya.
Bagi Naib Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang juga mempunyai pandangan yang sama dan mengakui memang Anwar Ibrahim layak untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri berdasarkan pengalaman serta karakternya sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri.
“Namun tidak dinafikan juga ketokohan Lim Guan Eng, Datuk Seri Hadi Awang yang mempunyai kredibiliti memimpin.
“Tapi, buat masa sekarang bukan masanya untuk membincangkan isu ini kerana masih terlalu awal, biarlah masa tentukan kemudian,” katanya.
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar
-
Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala
Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam
bertempat d...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan