Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Tanpa Penghayatan Tiada Gunanya
Salam sejahtera dan salam 1 Islam kepada semua pengunjung blog ini, Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana Beliau telah meneruskan lagi kontrak kehidupan kita semua dengan baik dan mudah-mudahan nikmat yang diberikanNya berkekalan. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, marilah sama-sama melaksanakan segala ibadah dengan sempurna dan tawaduk kepada Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw dengan berkat perjuangan beliau, para sahabat dan para ulamak dahulu dan kini Islam dapat ditegakkan sehingga sekarang ini.
Sambutan Maulidur Rasul adalah merupakan program tradisi umat Islam dengan berbagai program yang di sediakan untuk mengingati perjuangan Rasulullah dalam menyampaikan dakwah Islam. Rasulullah dilahirkan di Kota Mekah pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal tahun Gajah. Berbagai peristiwa ganjil berlaku pada masa kelahiran Baginda. Antara perinstiwa yang ganjil ialah tentera bergajah Abrahah di tewaskan oleh tentera Allah (burung Ababil) dengan menggunakan batu api dari neraka dan dilontarkan kepada tentera abrahah sehingga hancur lebur daging dan tulang mereka. Kemudian peristiwa yang kedua padamnya api suci penganut agama Majusi yang tidak pernah terpadam sebelum kelahiran Baginda dan banyak lagi peristiwa aneh yang berlaku semasa kelahiran Baginda.
Setelah Baginda dilantik menjadi Rasul di Gua Hira’ dengan turunnya surah yang pertama iaitu iqra’, setelah dilantik Rasulullah telah menjalankan usaha dakwahnya di Kota Mekah secara bersembunyi atau senyap-senyap dengan mengajak masyarakat Mekah mengenali dan beriman kepada Tuhan yang menjadikan manusia, Tuhan yang menjadikan Alam dan Tuhan yang menjadikan baik dan buruk. Dakwah secara senyap berpusat di rumah Ikrimah tanpa diketahui oleh musuh baginda iaitu Abu lahab, Abu Jahal dan sebagainya. Setelah tiga tahun Nabi berhijrah turun surah Al-Muzammil dan barulah Baginda menjalankan dakwah secara terang-terangan dengan umat Islam keluar ke Kota Mekah dengan mengajak masyarakat jahiliah memeluk agama Islam. Ketika ini banginda dan Umat Islam diancam, dihina, dibaikot dan berbagai kezaliman lagi yang dilakukan oleh masyarakat jahiliah Mekah ketika itu.
Apabila Baginda dan masyarakat Islam berhijrah ke Kota Madinah (Yatrib), maka Islam dikembangkan sehingga sebahagian tanah arab dan Islam ketika itu mendapat sambutan yang hangat dari orang-orang sekeliling Negara-negara jiran Madinah. Ramai yang datang ke Madinah untuk mengetahui Islam itu bagaimana dan ingin berjumpa dengan Baginda, mereka pulang ke Negara mereka dengan bergelar Islam dan kemudian mereka menyampaikan dakwah Islam di Negara mereka.
Kesimpulannya dari cerita yang ringkas di atas, Sambutan Maulidur Rasul adalah baik dan bertujuan untuk mengingati tarikh kelahiran dan perjuangan Rasulullah. Tidak semestinya Sambutan ini perlu dilaksanakan dengan perarakan sahaja dengan membina sepanduk (banner). Tetapi boleh diperbagaikan lagi sambutan ini dengan mengadakan ceramah, solat hajat, bacaan yassin dan banyak lagi. Paling penting dalam sambutan ini ialah penghayatan tentang perjuangan Rasulullah, menghayati pahit getir perjuangan Baginda menempuh segala dugaan dan rintangan yang menghalang dakwah Baginda. Bukan sekadar belarak sahaja dan dicampurkan lelaki dan perempuan dengan berselawat, berkompang dan sebagainya. Setelah belarak semuanya bersurai dan ada yang kembali membuka tudungnya, ada yang merokok, ada yang tinggalkan waktu solat, ada yang balik tidur keletihan sehingga tinggal solatnya. Kalau begini lebih baik jangan adakan program perarakan, kerana tiada hidayahnya, program itu sia-sia sahaja dan tidak berikan kesan apa-apa kepada pesertanya. Islam adalah agama yang mengajak umatnya menghayati dengan hati, perbuatan dan percakapan, barulah dinamakan Islam yang kamil.
Cadangan saya, boleh buat perarakan tetapi lebih baik diasingkan antara lelaki dan perempuan dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad, kalau tidak ada kesanpun sekurang-kurangnya dapat pahala selawat. Setelah berarak adakan ceramah memperingati perjuangan Rasulullah dan cara kehidupan Rasulullah sebagai ikutan umat Islam. Tetapi jangan adakan program ini bermusim sahaja seperti sekarang ini, adakan berbagai program yang dapat memperingati perjuangan Rasulullah sebagai pendedahan secara berterusan untuk memberikan penghayatan kepada peserta. Kalau boleh, program itu dapat memberikan kesan sehingga peserta takut melakukan maksiat dan perkara-perkara dosa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan