Ceramah isu semasa di Kampar tetap meriah walaupun tanpa kehadiran Dato, Seri Ir Nizar. Beliau diarahkan oleh Pas Perak supaya pergi ke ibu negara secepat mungkin untuk bersedia ke mahkamah keesokan harinya (pagi tadi). Penceramah lain ialah Naib Presiden Pas Pusat, Dato' Mahfuz Omar, Ketua penerangan DPPN Perak, Ustaz Akmal dan Adun Teja YB Chang Lih Kang.
Walaupun Dato' Seri Ir Nizar tidak dapat hadir, tetapi rakyat yang hadir tidak kecewa kerana dapat mendengar ceramah Dato' Seri melalui telefon.
Pelbagai isu telah di ceritakan oleh penceramah terutama daripada YB Mahfuz Omar. Rakyat ternyata gembira kerana dapat mendengar berita yang benar. Bukan yang di putar belit.
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar
-
Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala
Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam
bertempat d...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan