Desakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah bergema di perkarangan mahkamah Jalan Duta di hari pertama Datuk Seri Anwar dibicarakan.
Desakan ini dibuat oleh Anwar melalui permohonan sapinanya dan dilaungkan oleh para penyokong beliau yang memenuhi ruang perkarangan mahkamah itu.
Kedua-duanya didakwa menjadi dalang kepada dakwaan terhadap Anwar dan segala keterangan yang dibuat oleh bekas pegawai peribadi Anwar, Saiful Bukhari adalah dari mereka.
Najib pada awalnya menafikan bertemu dengan Saiful namun kemudiannya mengaku Saiful datang bertemu beliau untuk mendapatkan biasiswa.
"
Dalam mahkamah, Saiful berkata beliau bukanlah orang yang cerdik sebab itu dia tidak lulus dalam pelajaran di universiti dan akhirnya keluar.
"
Adakah ini orangnya yang hendak diberikan biasiswa oleh Najib. Ini persoalan yang mesti diterangkan oleh Najib dan Rosmah di mahkamah," kata Samsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda PKR, di perkarangan mahkamah selepas perbicaraan hari pertama.
Dalam perbicaraan itu, Saiful yang dipanggil sebagai saksi pertama berkata, beliau berhenti dari menjadi pegawai Anwar kerana tidak tahan dipaksa melakukan seks luar tabii.
Pihak pendakwa pula memberitahu mahkamah pihaknya menemui air mani Anwar di luar dan dalam dubur Saiful.
Sedang sebelum ini, doktor yang memeriksa Saiful menegaskan tidak terdapat sebarang tanda berlaku seks luar tabii it.
"
Kita akan membuat soal balas terhadap semua keterangan Saiful ini dan kita yakin akan menang," kata Anwar ketika mengulas keterangan Saiful itu.
Bagi Anwar, keterangan Saiful itu tidak mengejutkan beliau dan sudah menjangkakannya.
"
Ini adalah tindakan Datuk Seri Najib untuk memburukkan nama saya...saya cabar dia dan isterinya memberikan keterangan di mahkamah tentang peranan mereka di belakang segala keterangan ini," kata Anwar.
1 ulasan:
Masalahnya sekarang , mahukah najib dan rosmah datang atau beranikah mahkamah memanggilnya.sudah tentu bayak alasan yg akan berpehak pada najib dan rosmah. ini kita boleh dijangkakan.
Catat Ulasan