Kumpulan Berjaya yang diberi lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 mungkin akan memohon logo halal pula dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, demikian sindiran Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar.
Beliau juga menyifatkan tindakan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) yang dikepalai Datuk Seri Najib Tun Razak memberi lesen judi tersebut adalah perbuatan zalim yang sangat kejam terhadap rakyat kerana ia mengancam keharmonian sosial dalam negara ini.
Saya difahamkan, berita berkaitan mungkin akan disiarkan oleh Harakah Daily.
Berita Malaysiakini hari ini yang bertajuk "'Withdraw Berjaya's new gaming concession now'" pula melaporkan Tony Pua berkata, lesen judi itu bukan sahaja akan mengkayakan lagi Tan Sri Vincent Tan malah akan memiskinkan lagi rakyat yang terlibat dengan perjudian itu.
Sebelum ini, bila sebut nama Umno, teringat Yahudi Zionis di dalam Apco Worldwide yang menjadi tempat Najib dan gerombolannya memohon petunjuk. Kini, bila sebut Umno, teringat pula judi yang dimiliki salah seorang tuan besar parti itu, Vincent Tan.
Sebut Umno, teringat judi. Sebut Umno, teringat Yahudi!
PB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan